Cincin Tunang Mariah Carey Dijual RM8.4 Juta

Penyanyi Mariah Carey dilaporkan menjual cincin pertunangannya dengan jutawan Australia, James Packer dua tahun selepas hubungan mereka berakhir.

New York Post melaporkan Mariah menjual cincin itu di sebuah kedai emas di Los Angeles dengan harga US$2.1 juta (RM8.4 juta) walaupun harga asal cincin 35 karat itu dilaporkan bernilai US$10 juta (RM40 juta).

Sebelum ini, James meminta Mariah memulangkan cincin tersebut namun menerusi satu penyelesaian Mariah dilaporkan meminta James membayar US$50 juta (RM200 juta) kerana telah membuang masanya sepanjang tempoh pertunangan mereka.

Selain cincin tersebut, James turut membayar wang pampasan berjumlah US$10 juta (RM40 juta) kepada Mariah.

Mariah, 48 yang bakal mengadakan konsert buat kali ketiga di Malaysia pada Oktober depan bertemu James, 50, pada 2014 sebelum menjalinkan hubungan cinta pada Jun tahun berikutnya.

Pasangan itu bertunang pada Januari 2016 sebelum berpisah setahun kemudian.

Sementara itu, pihak pengurusan penyanyi lagu Hero itu menyangkal dakwaan tindakan Mariah menjual cincin itu kerana mengalami masalah kewangan.

“Mariah sangat terbuka akhir-akhir ini tentang perancangannya untuk terus memandang ke hadapan tanpa memikirkan masa lampau.

“Dia sangat positif dengan kehidupan dan dia menjual cincin itu adalah tanda dia sudah melupakan episdo sedih itu dalam hidupnya dan bukannya kerana dia mengalami masalah kewangan,” kata wakil Mariah.

Untuk rekod, sepanjang 28 tahun kariernya sebagai penyanyi, Mariah dilaporkan mempunyai nilai kekayaan sebanyak US$1 bilion (RM4 bilion).

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

15 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

17 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

18 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

19 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

20 hours ago