fbpx
Now Reading
Tok Ti Masih Boleh Pakai Jaket 11 Tahun Lepas!

Tok Ti Masih Boleh Pakai Jaket 11 Tahun Lepas!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza kelihatan semakin langsing selepas melahirkan anak pertamanya, Siti Aafiyah Khalid.

Peminat serta pengikut Siti memuji penampilan terbaru pelantun lagu Membunuh Benci ini.

Menerusi kemas kini terbaru akaun Instagram peribadi milik Siti, wanita berusia 39 tahun ini menggayakan jaket yang pernah dipakainya pada tahun 2007.

“Selepas menonton show tadi, saya bergegas ke open house Kakak Ipar Datin @zaitonmj.

“Jacket yang saya gayakan adalah jacket kesayangan saya.. Pernah saya pakai waktu pembukaan butik LV pada tahun 2007,” tulis Siti di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata peminat menggemari penampilan Siti yang semakin.

Malah, ada juga peminat yang mahu Siti memberikan tips untuk menguruskan badan.

Siti melahirkan puteri sulungnya dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.

Sumber : Gempak.com

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.