Now Reading
Menang 3 Kategori, Haqiem Rusli Dominasi EDMA 2018!

Menang 3 Kategori, Haqiem Rusli Dominasi EDMA 2018!

Penyanyi Haqiem Rusli mendominasi kemenangan dalam anugerah ERA Digital Muzik Awards (EDMA 2018) yang berlangsung malam tadi.

Haqiem berjaya menggondol trofi tiga anugerah yang dipertandingkan iaitu Lagu Paling Viral (Selamat Tinggal Sayang), Penyanyi Kolaborasi Terbaik (Jatuh Bangun) dan Temubual Terbaik Carta ERA.

Selain itu, Zizan Razak, Ariff Bahran, Khai Bahar dan Alif Satar memenangi beberapa kategori lain berasingan.

EDMA berlangsung di Galaxy Banquet Sentul Kuala Lumpur merupakan anugerah tahunan anjuran radio ERA dan ditaja oleh Deeja Cosmetic.

Pentas EDMA 2018 dihangatkan oleh persembahan artis popular tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Akim & The Majistret, Ara Johari, Ismail Izzani, one Avenue Band dan Ben Laden.

EDMA 2018 telah disiarkan secara langsung di laman Facebook ERA (www.facebook.com/era.je) dan Deeja Cosmetic.

Berikut merupakan senarai pemenang EDMA 2018:

Lagu Paling Viral: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)

Muzik Video Paling Lit: Kau Takkan Tahu (Zizan Razak)

Penyanyi Kolaborasi Terbaik: Haqiem Rusli dan Aman Ra (Jatuh Bangun)

See Also

Penyanyi Paling Lit di Media Sosial: Khai Bahar

Temubual Terbaik Carta ERA: Haqiem Rusli

Penyanyi Pilihan Deeja: Ariff Bahran

Lagu Paling Lama dalam Carta ERA 40: Sesungguhnya Aku (Alif Satar)

EDMA 2018 turut memberikan penghargaan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza atas sumbangan untuk industri muzik tempatan selama dua dekad.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.