fbpx
Now Reading
Kalau Tak Ada Duit Saya Boleh Bagi Free- Hafiz Hamidun Isu Guna Lagu Tanpa Kebenaran

Kalau Tak Ada Duit Saya Boleh Bagi Free- Hafiz Hamidun Isu Guna Lagu Tanpa Kebenaran

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hafiz Hamidun semalam menzahirkan rasa kecewanya kepada sebuah syarikat produksi tempatan ekoran tindakan mereka yang menggunakan lagu zikir nyanyiannya dalam satu drama yang popular di TV3

Drama tersebut, Insan Terpilih lakonan Syazwan Zulkifi mencetus satu fenomena baru apabila mendapat pujian dari pelbagai pihak kerana sarat dengan mesej untuk masyarakat di Malaysia malahan ia sebenarnya adalah kisah sebenar yang yang pernah terjadi di Klang, Selangor.

Menurut penyanyi dan pencipta lagu popular itu, syarikat berkenaan Aniq Communication Sdn Bhd tidak pernah menghubunginya untuk mendapatkan kebenaran bagi mengunakan zikir ‘Ya Allah’ yang dimuatkan dalam album Zikir Terapi Diri 3 .

Dipetik dari Mstar, apa yang lebih mengecewakan Hafiz ialah pihak penerbit langsung tidak memberikan kredit kepadanya sedangan dia ialah penyanyi dan komposer untuk zikir tersebut.

“Mungkin akan ada orang kata takkan zikir pun tak boleh nak pakai, tapi bagi saya ia bukan soal nak minta bayaran. Sebenarnya lebih cantik kalau minta kebenaran dulu.

Tapi masalahnya mereka langsung tak hubungi saya, isunya ialah karya kita digunakan tanpa kebenaran. Bukan tak boleh guna, tak ada masalah. Kalau tak ada duit nak bayar pun, saya boleh bagi secara percuma sahaja, apa salahnya -Hafiz Hamidun

Kekesalan itu turut disuarakan Hafiz di Instagram menerusi beberapa posting di ruangan Instastory .

Bagaimanapun harini, difahamkan wakil dari pihak produksi Aniq Communication Sdn Bhd sudah menghubungi Hafiz susulan perkongsian di Instagramnya bagi menjelaskan mengenai kecuaian dari pihak mereka itu.

Terang Hafiz , produksi berkenaan mengakui yang pihak mereka terlepas pandang mengenai isu hak cipta lagu zikir yang telah mereka gunakan dalam drama berkenaan. Malah Hafiz dilihat turut mempromosikan drama berkenaan melalui InstaStorynya selepas selesai isu terbabit selesai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.