“Mungkin Ada Pihak Yang Salah Faham” – Faizal Tahir Jelaskan Dia Bukan Bersara

Dunia hiburan Malaysia sebelum ini dikejutkan dengan ura-ura yang mengatakan Faizal Tahir  akan bersara dari industri muzik ,malah penyanyi popular itu sendiri penah menyebut bahawa Album Rojak adalah album terakhirnya.

Selain itu  posting terakhir nya di Intagram juga seakan mengiyakan ura-ura tersebut, lebih-lebih lagi selepas dia kehilangan dua sahabat baiknya iaitu pemuzik terkenal, Wan Kelly dan Aji yang merupakan tonggak bagi bandnya setiap kali beraksi live.

Baca artikel berkaitan : Coretan Terakhir FT Sebelum Umum Berehat Panjang

Faizal yang ditemui di Konsert Mingguan Muzik Malaysia(MMM) Ahad lalu oleh Gempak bagaimanapun menafikannya.

Selebriti itu menjelaskan, dia lebih kepada ingin berehat seketika dari dunia nyanyian dan dunia muzik dan  bukan bersara terus dari dunia hiburan seperti yang disangka oleh sesetengah pihak.

Saya memang mahu rehat seketika dari bidang nyanyian, namun mungkin ada sesetengah pihak yang salah faham dan menganggap saya mahu bersara.
Anggapan itu mungkin kerana saya telah umumkan album Rojak yang dilancarkan bulan lalu adalah album terakhir saya.

Itu hanyalah album terakhir, selepas ini, jika saya sudah cukup rehat, saya akan kembali menyanyi dan hanya tampil menerusi single sahaja. – Faizal Tahir

Menurut Faizal lagi, dia kini akan menumpukan lebih perhatian buat keluarganya dan beberapa orang artis di bawah kendaliannya di bawah  label Faithful Music.

“Saya akan menumpukan lebih perhatian kepada keluarga, luangkan masa bersama anak-anak dan isteri.

“Selain itu, saya juga akan tumpukan perhatian kepada empat orang artis di bawah label milik saya iaitu Sissy Iman, Amir Masdi, Hannah Delisha dan Aziz Harun,” kata Faizal lagi.

Konsert MMM telah mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MoTAC), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan banyak lagi.

Konsert MMM pada malam itu turut diserikan oleh persembahan hebat dari Ratu Rock Negara, Ella, Ayda Jebat dan beberapa artis tempatan yang lain.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago