fbpx
Now Reading
Tahniah ! Isteri Shukri Yahaya Buat Kejutan Hamil Lagi Pada Ulang Tahun Perkahwinan

Tahniah ! Isteri Shukri Yahaya Buat Kejutan Hamil Lagi Pada Ulang Tahun Perkahwinan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B5EpAN0nP4x/https://www.instagram.com/p/B5F6yDAHfk5/

Perkara yang mengembirakan buat mereka yang berkahwin adalah menyambut ulang tahun perkahwinan, Yelah itu tandanya ikatan anda telah bertambah lagi setahun.  Lagi gembira kalau mendapat kejutan hadiah yang diidam-idamkan dari pasangan anda.

Itu yang dilakukan oleh Tya Adnan, isteri kepada pelakon Shukri Yahya yang membuat kejutan ulangtahun perkahwinan mereka dengan dengan mengumumkan kehamilannya; perkara yang memang ditunggu-tunggu oleh Shukri selepas Tya dilaporkan mengalami keguguran pada awal tahun ini.

Isteri Shukri Yahaya Buat Kejutan Hamil Lagi

Baca artikel berkaitan : Isteri Shukri Yahaya Keguguran, Mungkin Belum Masanya No 2

Sebelum itu pada hari sama, Shukri melalui Instagramnya ada berkongsikan video mereka sekeluarga dengan kapsyen panjang lebar sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Dia juga sempat bergurau dengan mengatakan anaknya Ameena sudah penat menghisap ibu jari kaki ; tanda simbolik mahukan adik mengikut petua orang tua-tua.

Tanpa disangka, isteri nya kemudiannya membuat kejutan dengan memberikan sebuah kotak hadiah sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka disaksikan Amena.

Mengharapkan hadiah itu adalah ‘game’ Shukri bertukar menjadi lebih teruja selepas mengetahui apa isi didalam kotak tersebut.  Dia kemudiannya menjerit kegembiran dan mengucap rasa syukur di atas rezeki yang diberikan

Perkongsian di Instagram Tya itu mendapat perhatian ramai. Ramai pengikut dan peminat mendoakan kandungan bayi dalam keadaan selamat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.