Now Reading
Cukup-Cukuplah Dengan Remy – Mira Filzah

Cukup-Cukuplah Dengan Remy – Mira Filzah

Walaupun dilihat serasi digandingkan bersama, malah peminat bagaikan merestui dan begitu mengharapkan mereka bercinta di dunia reality Mira Filzah mengakui, sudah tiba untuk dia membataskan kemunculannya bersama Remy Ishak.

Dipetik dari Berita Harian Mira menyatakan impak gandingan mereka dalam drama Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan yang cukup kuat membuatkan peminat sukar menerima apabila dia beraksi bersama hero lain.

“Saya tidak pernah cakap tidak tidak mahu lagi bekerjasama dengan Remy, malah saya tidak nafikan, dia antara pelakon lelaki yang hebat.

“Tetapi, pengaruh kedua-dua drama itu sangat kuat menyebabkan peminat sukar menerima saya bergandingan dengan pelakon lain. Ia tentu membimbangkan, terutama apabila melihat peminat saya berpecah.

“Ada pasukan Ben Amir, ada pula pasukan Remy dan terbaru, Ungku Ismail pula terheret sama. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” katanya kepada portal berkenaan

Ramai juga yang menyangkakan Mira dan Remy mempunya hubungan istimewa selepas kedua mereka tidak sengaja mengenakan warna pakai yang sama ketika di sebuah majlis Anugerah Telenovela 2019 baru baru ini

“Segala gosip mengaitkan saya dengan pelakon lelaki gandingan berpunca daripada peminat. Sebahagian mereka begitu mendesak dan ingin melihat apa yang berlaku dalam drama menjadi realiti.

“Mereka menyangka saya dan Remy mempunyai hubungan istimewa sehinggakan apabila kami secara tidak sengaja menyarung persalinan rona sedondon pada Anugerah Telenovela 2019, baru-baru ini turut dijadikan isu,” turutnya lagi.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.