fbpx
Now Reading
Sudah Rasmi ! Ultraman Sertai Marvel 2020

Sudah Rasmi ! Ultraman Sertai Marvel 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang semua orang tahu, Marvel Cinematic Universe(MCU) terus berkembang menjadi antara francais filem terbesar di dunia dengan kehadiran ramai super hero yang memang tak di nafikan hebat-hebat belaka.

Kehebatan mendiang Stan Lee bersama pasukannnya dalam menghasilkan watak adiwira-adiwira seperti Captain America , Ironman ,  Thor  sememang nya di akui  begitu memberi impak bukan sahaja dalam industri komik dan novel grafik, malah dalam industri perfileman sehinggakan salah satu filem  MCU iaitu Avengers : Endgame mengungguli carta sebagai filem terlaris di dunia.

Terbaru, Marvel sekali lagi membuat kejutan dengan menambah satu lagi senarai baru adiwira yang bakal menyertai keluarga besar mereka iaitu Ultraman!

Menerusi satu majlis di Tokyo Comic Con dan melalui Twitter, Marvel mengumumkan yang pihaknya akan bekerjasama dengan Tsuburaya Productions bagi menghasilkan produk terbaru untuk Ultraman yang dijangka akan bermula pada tahun hadapan, 2020.

Namun difahamkan usahasama ini hanya melibatkan penerbitan novel grafik dan komik untuk sementara ini. Apa-apa pun peminat tegar Ultraman dan Marvel amat berharap yang watak Ultraman dapat dimasukkan dalam filem MCU sekali! Mesti power kan??

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.