“Mana Mungkin Kami Pilih Seorang Juara Kalau Dua Dua Hebat”- Datuk Ramli MS

Pertama kali terjadi dalam sejarah apabila dua peserta dinobatkan juara dalam pentas final Gegar Vaganza musim keenam (GV 6) iaitu Naqiu Boboy dan Hady Mirza. Kedua mereka menewaskan 4 peserta lain dan membawa pulang wang tunai RM100,000, pakej percutian, ubah suai rumah dan ruang tamu berserta trofi tajaan Astro.

Namun kemenangan bersama ini mengundang pelbagai reaksi peminat dan pengikut Gegar VAganza namun rata-ratanya tidak berpuas hati dengan konsep juara bersama ini.

Baca artikel berkaitan : Naqiu dan Hady dinobatkan Juara Gegar Vaganza 6

Namun ketua Juri, Datuk Ramli MS, tampil mempertahankan keputusan itu dengan mengatakan yang Hady Mirza dan Naqiu Boboy berjaya memperoleh markah yang sama iaitu sebanyak 87%.

“Selepas dicampurkan semua markah juri, Hady dan Naqiu masing-masing mendapat 87 peratus. Saya kena berlaku adil dan tidak bolehlah hendak pilih hanya seorang sebagai juara”

“Mereka memberikan persembahan yang setara dan nyanyian tidak sumbang. Atas faktor itu, saya berpendapat mereka layak bergelar juara,” ujar Datuk Ramli MS.

Ramli MS turut menyatakan rasa terkejut dengan persembahan battle antara Naqiu Boboy & Hady Mirza yang sepatutnya bersaing vokal namun mereka mengubahnya dengan menyanyi secara harmoni .

“Mana mungkin saya boleh pilih hanya seorang sebagai juara jika kedua-duanya memberikan persembahan hebat dan mengagumkan,” tambahnya lagi.

Saat ditanya mengenai dakwaan bahawa keputusan sudah ditentukan awal, Datuk Ramli MS menjawab salah satu trofi juara yang dipegang pada malam itu merupakan trofi replika namun terpaksa diberikan kerana terdapat dua orang juara pada malam berkenaan.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

10 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

11 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

11 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

11 hours ago