fbpx
Now Reading
Pelakon Cilik, Puteri Rayyana Rayqa dan Ibu Turut Positif Covid-19

Pelakon Cilik, Puteri Rayyana Rayqa dan Ibu Turut Positif Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelakon cantik, Puteri Aishah dijangkiti wabak Covid-19 selepas melakukan penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland.

Selain dia, pengarah, Rahila Ali dan 4 orang krew turut disahkan dijangkiti wabak tersebut dimana seorang dari mereka iaitu kameran difahamkan sedang dirawat di unit rawatan kecemasan (ICU)

Puteri Rayyana bersama ibu turut positif

Terbaru pelakon cilik, Puteri Rayyana Rayqa yang turut membintangi drama berkenaan juga telah di sahkan positif. Selain itu, ibu Puteri Rayyana turut disahkan positif wabak berkenaan

Puteri Rayyana Rayqa dan team Demi

Memetik Hmetro, ibu Puteri Rayyana, Syira yang dihubungi berkata, dia reda dan yakin apa yang berlaku adalah ujian Allah SWT.

Sedang menunggu panggilan KKM

“Saya dan Rayqa buat ujian pagi semalam di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya. Pagi tadi baru dapat panggilan yang kami positif Covid-19.

“Sekarang, kami sedang menunggu panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya. 

“Saya tidak mengalami sebarang gejala, cuma Rayqa yang demam sejak di sana lagi. Sejujurnya, tak tahu nak cakap apa apabila dapat berita ini. Apa boleh dikatakan, Allah sayang kami, sebab itu Dia uji kami,” ceritanya kepada portal tersebut

Tambahnya lagi mereka sewaktu di sana sentiasa berhati-hati dalam soal penjagaan kesihatan malah saling mengingatkan antara satu sama lain

“Di sana kami tinggal sekali dan sentiasa bersama-sama. Kami jaga kebersihan, setiap hari makan vitamin C dan saling mengingatkan soal keselamatan masing-masing.

Berserah pada Allah.. Harap tidak dipandang negatif

 “Apabila dapat berita ada kru yang positif, pada mulanya takut juga. Tapi, saya berserah pada Allah. Kalau betul Allah nak bagi penyakit ini, kami reda.

“Apa yang penting sekarang, saya dan anak mahu sihat saja. Dalam keadaan sekarang ini kita kena berfikiran positif. Saya berharap masyarakat tidak memandang negatif dengan kami. Tidak minta pun perkara ini nak berlaku. Doakan kami semoga diberi kesembuhan,” katanya.

Drama Demi terbitan Elisa Vision Sdn Bhd itu dibintangi Puteri Aishah, Ashraf Muslim, Ben Amir dan Hasnul Rahmat.

Kami di Buzzkini mendoakan agar semua mereka kembali pulih dan berharap masyarakat berhenti dari menyalahkan mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.