fbpx
Now Reading
Ayda Jebat Kini Sah Bertunang Dengan Nabil Mahir

Ayda Jebat Kini Sah Bertunang Dengan Nabil Mahir

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B_hVLB5HtAX/

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat hari ini mengumumkan yang dia baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan bersama kekasihnya, Nabil Mahir.

Menerusi instagram, Ayda Jebat mengumumkan berita gembira tersebut kepada peminat dan orang ramai.

Difahamkan pertunangan tersebut diadakan bersempena dengan hari lahir bekas pengacara H live! itu.

“Lamaran pada harijadi saya, pertunangan pada hari lahir awak . Saya tahu kita boleh mencapainya pada penghujungnya . Rasminya Tunangan Saya.

Menerusi caption berbentuk pantun itu lagi, Ayda turut memaklumkan yang majlis tersebut dilakukan secara online selari dengan arahan PKP yang dilaksanakan kerajaan.

Kumbang sudah merisik bunga,
Direstui oleh ahli keluarga,
Lamaran diterima pertunangan pun juga,
Walaupun online tetap mesra dan bahagia.

Menerusi ruangan komen dapat dilihat orang ramai serta rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan ini. Ramai juga yang turut mendoakan agar hubungan mereka akan berterusan sehingga ke jinjang pelamin.

Terdahulu Nabil melamar Ayda pada 17 Mac lalu bersempena dengan hari lahirnya yang ke-28

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.