fbpx
Now Reading
“Saya Akan Berkahwin Tahun Depan” – Bekas Isteri Shuk Sahar, Sera Sahkan Dah Bertunang [Video]

“Saya Akan Berkahwin Tahun Depan” – Bekas Isteri Shuk Sahar, Sera Sahkan Dah Bertunang [Video]

Menurut Sera yang juga bekas isteri pelawak Shuk Sahar, dia bakal melangsungkan perkahwinan bersama jejaka berasal dari perak itu pada tahun hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gagal di dalam perkahwinan yang lalu bukanlah suatu alasan seseorang itu tidak boleh menemui kebahagiannya.

Malah pengalaman yang lalu mungkin akan mematangkan seseorang di dalam perkahwinan yang seterusnya.

Apa yang penting adalah seseorang individu itu sentiasa ingin mengubah diri ke arah yang lebih baik.

Sera akui sudah bertunang dan bakal berkahwin tahun depan

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan bekas isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera yang berada di atas pelamin dipercayai bagi majlis pertunangannya.

Dia yang dilihat memakai baju berwarna maroon sambil memegang bunga itu turut meminta orang ramai untuk mendoakan perkara yang baik buat dirinya di ruangan kapsyen.

Perkongsian video itu, secara tidak langsung telah menjadi perhatian orang ramai yang ingin mengetahui adakah ia perkara yang benar-benar berlaku.

Rossa Sera kemudiannya mengesahkan perkara tersebut.

“Bukan gimik. Ia memang majlis pertunangan,” ujarnya yang mesra dipanggil Sera, lapor Harian Metro.

Malah ibu kepada dua anak perempuan itu mengesahkan dirinya telah bertunang bersama jejaka pilihan sejak dua hari lalu.

Menurutnya, dia telah melangsungkan pertunangan bersama lelaki berumur 38 tahun di rumah bapa saudaranya, di Kuala Lumpur.

Ramai fikir gimik sebab wajah tidak dihias

“Netizen fikir itu adalah gimik sebab wajah saya tak disolek seperti orang bertunang. Mereka tak tahu kulit wajah saya sedang ‘breakout’.”

Kata Sera, dia bakal berkahwin dengan lelaki berasal dari Perak itu pada tahun depan.

Enggan kongsi tarikh kahwin, maklum Shuk tidak tahu mengenai pertunangannya

“Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang, saya akan berkahwin tahun depan. Saya tak mahu kongsikan tarikh walaupun sudah ada. Namun, yang pasti ia akan berlangsung tahun depan,” ujarnya.

Sewaktu disoal apakah harapannya untuk rumah tangga kedua yang bakal dibina, Sera menyatakan dia berharap lelaki berkenaan dapat menerima dirinya serta keluarga seadanya.

“Saya harap dia dapat terima anak-anak saya dan keluarga saya. Saya baru beberapa bulan mengenalinya. Anak-anak pun okay dengannya dan dah luangkan masa bersama.”

Jelas Sera ketika ditanya reaksi Shuk sewaktu menerima perkabaran dia bakal bertunang. Sera mengatakan dia tidak memberitahu pelawak itu memandangkan mereka tidak berhubung di media sosial.

“Dia tak tahu sebab benda ini berlaku tiba-tiba. Saya pun tak ada hubungi dia. Dia sekat WhatsApp dan Instagram saya. Kami sekat satu sama lain,” katanya lagi.

Untuk makluman Sera dan Shuk pernah berkahwin pada tahun 2015 dan mempunyai dua anak perempuan yang dikenali sebagai Nur Qurratu Ain berusia tujuh tahun manakala Nur Assyifatu Aimi berumur empat tahun.

Mereka kemudian bercerai pada 22 Mac tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.