fbpx
Now Reading
Lincah Menari Atas Pentas, Ayda Jebat Buat Ramai Risau [Video]

Lincah Menari Atas Pentas, Ayda Jebat Buat Ramai Risau [Video]

Apa yang menarik perhatian adalah aksi Ayda Jebat yang dilihat kelihatan sangat bertenaga walaupun sedang sarat hamil tujuh bulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat sedang hamil anak kedua hasil perkongsian hidup bersama pengacara, Nabil Mahir.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 telahpun menimang cahaya mata pertama pada 21 September 2021 dan telah mengumumkan kehamilan anak kedua kepada orang ramai pada Julai yang lalu.

Terbaharu, Ayda yang dikatakan sedang hamil tujuh bulan membuat kejutan kepada peminatnya apabila beraksi lincah ketika membuat persembahan di festival makanan popular, Absolut Food Fest 2023 pada 2 September yang lepas.

Risau Lihat Ayda Ligat Menari Atas Pentas

Apa yang menarik perhatian adalah aksi dan pergerakan penyanyi itu yang dilihat kelihatan sangat bertenaga walaupun sedang sarat hamil.

Malah, menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok @xbbxpsychox, kelihatan penyanyi itu beraksi lincah dan sakan menari lagu Gangnam Style yang merupakan nyanyian asal penyanyi Korea, PSY.

Malah, dia turut membuat persembahan dua lagu yang terkenalnya iaitu Temberang dan Nakal, Nakal, Nakal.

Kedengaran Ayda juga menyanyikan lagu yang dipersembahkan dengan nada yang tinggi hingga menyebabkan penonton yang berada disitu teruja dengan persembahannya.

Tindakan penyanyi yang terkenal dengan lagu Pencuri Hati ini yang turut menari dengan bertenaga merisaukan semua pihak terutama pengunjung yang melihat persembahannya pada ketika itu.

“Risau betul tengok dia menari,” tulis pengguna TikTok itu di ruangan kapsyen.

@xbbxpsychox

Risau betul tengok dia menari 😂🤣@Ayda Jebat #absolutefest #absolutefestivalfoodbukitjalil @AbsolutFoodFest

♬ original sound – 0psitsLuqy – 0psitsLuqy

Menerusi video yang berasingan oleh pengguna TikTok yang lain @poojapalatao, dia juga turut menyatakan kerisauan apabila melihat Ayda melakukan persembahan sedemikian di saat sedang sarat hamil tujuh bulan.

“Risau takut Ayda Jebat (AJ) terberanak atas stage,” kata pengguna itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen risau dengan Ayda yang mempamerkan aksi lincah walaupun sedang mengandungkan anak keduanya.

Namun, ada juga yang kagum dengan tenaga yang diperolehi oleh Ayda dan berpendapat tidak salah penyanyi itu menari sebegitu kerana ia boleh memudahkan proses bersalin.

Dah Masuk Trimester Ketiga Memang Bagus Untuk Exercise

Jenis Orang Lincah Ni, Letak La Dalam Situasi Apa Pun, Tetap Aktif

Mana Dapat Tenaga Weh, Aku Yang Berdiri 10 Minit Pun Dah Mengah

Baca Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Selamat Lahirkan Puteri Sulung

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Satu Musibah Ummah Yang Parah” – Ustazah Asma’ Harun Tegur MV Parah Parah Ayda Jebat

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.