
Ayda Jebat & Nabil Mahir Selamat Bergelar Suami Isteri
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan selebriti, Nabil Mahir, dan Ayda Jebat yang selamat disatukan dalam satu majlis ringkas di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.
Nabil atau nama penuhnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir menyempurnakan kabul dengan sekali lafaz dihadapan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Rozimi Zamri sekitar pukul 3.30 petang.
Ini sekaligus menjadikan mereka pasangan selebriti yang pertama berkahwin bagi kalendar 2021.
Rombongan pengantin telah menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas namun tidak mendedahkan jumlah wang hantaran.
Terdahulu, Nabil melamar aktres dan penyanyi itu selepas beberupa bulan menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan sebelum mereka bertunang secara virtual susulan dari pelaksanaan PKP.