fbpx

Ayda Jebat Selamat Lahirkan Puteri Sulung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat yang selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan, di Kuala Lumpur jam 7.07 malam tadi.

Berita gembira tersebtu dikongsikan suaminya, pengacara Nabil Mahir yang meluahkan rasa syukur proses kelahiran anak mereka itu dipermudahkan, lapor Utusan.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” katanya dipetik dari Utusan.

Ayda sebelum ini menerusi Instagram berkongsi kepada orang ramai yang dia bakal melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.

Perkara sama turut dikongsikan Nabil di Instagramnya yang kelihatan tidak sabar menantikan kehadiran anak sulung mereka itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.