fbpx
Now Reading
Kes Jana Wibawa: Wan Saiful Sah Letak Jawatan Ketua Penerangan BERSATU -Muhyiddin Yassin

Kes Jana Wibawa: Wan Saiful Sah Letak Jawatan Ketua Penerangan BERSATU -Muhyiddin Yassin

Bekas Perdana Menteri itu dalam masa sama turut memuji sikap Wan Saiful yang secara sukarela meletakkan jawatan yang disifatkannya sebagai bertanggungjawab.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini, 22 Februari sah meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan BERSATU susulan pendakwaan yang dikenakan terhadapnya pada Selasa 21 (Feb).

Perkara itu disahkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dimaklumkan perkara tersebut ketika berjumpa Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu pagi tadi.

Namun menurut Muhyiddin, surat peletakan jawatan rasmi masih belum diterima dan akan dihantar kepadanya hari ini.

“Saya sudah menerima peletakan jawatan Ketua Penerangan berkuat kuasa hari ini oleh Wan Saiful ketika berjumpa pagi tadi.

“Beliau akan hantar surat (peletakan jawatan) hari ini, Insya-Allah,” kata Muhyiddin dipetik dari Berita Harian.

Ini satu standard dari BERSATU – Muhyiddin

Memetik Sinar Harian, bekas Perdana Menteri itu dalam masa sama turut memuji sikap Wan Saiful yang secara sukarela meletakkan jawatan yang disifatkannya sebagai bertanggungjawab.

Ini sekali gus menggambarkan satu standard yang berbeza daripada BERSATU apabila ahlinya berdepan tuduhan mahkamah.

Beliau dalam masa sama turut menegaskan peletakan jawatan itu bukanlah bermakna Wan Saiful bersalah dalam kes mahkamah yang dihadapinya.

 “Ia bukan kerana kita mengatakan dia sudah bersalah, tidak.

“Ini satu set standard kerana dia sudah berhadapan dengan tuduhan supaya tak timbul salah pandangan terhadap Bersatu. Beliau sendiri menyatakan akan meletakkan jawatan. Ini satu tindakan yang saya hargai.

“Ia satu sifat mulia yang saya sanjung supaya dengan cara ini, kita dapat menjawab atas dasar bermaruah. Ini bukan menghukum, tapi dia secara sukarela,” kata Muhyiddin lagi.

Langkah letak jawatan dapat tepis persepsi negatif terhadap BERSATU

Mengulas lebih lanjut, Muhyiddi berharap langkah itu dapat menangkis pandangan negatif terhadap parti.

“Kita harap langkah kita ambil ini akan memudahkan dan tidak akan timbul pandangan negatif terhadap kita. Ini satu sifat cukup mulia dan saya sanjung supaya kita berdepan dengan bermaruah,” katanya.

Terdahulu bekas Pengerusi PTPTN itu membuat pengumuman mahu mengundur diri dari memegang jawatan Ketua Penerangan BERSATU ekoran dari dakwaan yang sedang dihadapinya di mahkamah.

Dia bagaimanapun menyerahkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) sama ada menerima atau menolak permohonannya.

Sebagai rekod, Wan Saiful semalam (21 Feb) berdepan dua tuduhan rasuah berhubung inisiatif Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Dia bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.