fbpx
Now Reading
“Kita Akan Umumkan” – Annuar Musa & 9 Bekas Pemimpin UMNO Isi Borang Mohon Sertai PAS, Kata Takiyuddin

“Kita Akan Umumkan” – Annuar Musa & 9 Bekas Pemimpin UMNO Isi Borang Mohon Sertai PAS, Kata Takiyuddin

Menurut Takiyuddin, Khairy Jamaluddin juga pernah diberikan tawaran istimewa oleh Muhyiddin Yassin untuk menyertai BERSATU.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa Tan Sri Annuar Musa merupakan salah seorang dari 10 bekas pemimpin UMNO yang sudah mengisi borang permohonan menyertai PAS.

Menurutnya, pengumuman rasmi mengenai penyertaan Annuar Musa itu bersama bekas pemimpin UMNO yang lain akan dibuat pada hujung bulan ini.

Takiyuddin sahkan Annuar Musa ingin sertai PAS

Pada 1 Mei lalu, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS mengesahkan Annuar telah menyatakan hasratnya untuk menyertai PAS.

Dalam pada itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu memaklumkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah diberikan tawaran istimewa oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai BERSATU.

“Saya mengesahkan borang permohonan beberapa tokoh besar itu telah siap, kita tunggu masa untuk buat pengumuman sahaja, insya-Allah akhir bulan ini. Saya juga boleh sahkan Tan Sri Annuar sudah isi borang untuk menyertai PAS.

“Kita akan buat pengumuman dalam waktu terdekat bersama rakan-rakan dalam UMNO (penyertaan Annuar dan bekas pemimpin UMNO lain),” katanya dipetik Berita Harian.

Jelas Takiyuddin lagi, bekas pimpinan UMNO itu akan turut dipertimbangkan tempat jika berhasrat bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Takiyuddin berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya di Kota Bharu, Kelantan.

Muhyiddin tawar jawatan dalam MPT BERSATU pada Khairy Jamaluddin

Terdahulu, Muhyiddin mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU kepada Khairy jika beliau mahu menyertai parti tersebut.

Pun begitu, Khairy yang tidak mempunyai parti selepas dipecat UMNO, dilihat lebih selesa ‘menutup mulut’ mengenai masa depan politiknya walaupun sudah ditawarkan menyertai BERSATU.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.