fbpx
Now Reading
Maszlee Malik Dakwa Projek 1BestariNet ‘Jenayah’ Muhyiddin Ketika Jadi Menteri Pendidikan [Video]

Maszlee Malik Dakwa Projek 1BestariNet ‘Jenayah’ Muhyiddin Ketika Jadi Menteri Pendidikan [Video]

Maszlee turut mendakwa draf perjanjian di antara kementerian dan syarikat YTL juga adalah berat sebelah kerana lebih memihak kepada syarikat swasta terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik mendakwa projek 1BestariNet yang dilancarkan semasa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawat jawatan tertinggi di Kementerian Pendidikan itu adalah satu jenayah.

Menerusi satu video ‘podcast’ yang dikongsikan di laman Twitter Pengarah Komunikasi UMNO Datuk Lokman Adam, Maszlee turut mendakwa isu tersebut adalah sebab utama mengapa beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada waktu itu.

Maszlee Malik dakwa 1BestariNet adalah projek gagal, telan belanja RM4.7 bilion

Menurut Maszlee, 1BestariNet merupakan projek gagal yang menelan belanja sebanyak RM4.7 bilion itu telah diberikan kepada sebuah syarikat telekomunikasi YTL Communication yang didakwa sebagai kroni kepada Muhyiddin.

“Bilangan berbilion itu diberikan kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai kroninya YTL yang mana dia merupakan projek yang gagal.

“Sehingga 2018, kita dapati internet teruk dari segi Frog VLE itu menyebabkan cikgu-cikgu ramai menderita, murid entah ke mana, duit dah bilion habis,” katanya.

Syarikat YTL tidak bayar sewa kepada pihak sekolah

Dakwa Maszlee, syarikat YTL juga tidak membayar sebarang sewa kepada pihak sekolah kerana meletakkan pencawang internet mereka bagi kegunaan YES.

Maszlee turut mendakwa draf perjanjian di antara kementerian dan syarikat YTL juga adalah berat sebelah kerana lebih memihak kepada syarikat swasta terbabit.

“Tapi yang paling penting ialah projek tersebut gagal. Bila kita tengok pada pihak profesional yang menilai, mereka (projek 1BestariNet) belanjakan hampir 1 bilion, jadi 3 bilion lagi merupakan (untung) atas angin,” katanya lagi.

Frog VLE sama seperti Google Classroom

Berkongsi lanjut, Maszlee berkata Frog VLE yang merupakan Learning Management System (LMS) digunakan pada waktu itu adalah sama seperti Google Classroom.

Ujar Maszlee, sewaktu dia menjawat jawatan Menteri Pendidikan, Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad menerusi lima kali pertemuan dengannya telah mengarahkan beliau untuk menyambung semula kontrak 1BestariNet.

Pakar selidik projek 1BestariNet gagal dan merugikan rakyat

Bagaimanapun, permintaan itu tidak dapat dilakukan memandangkan penyelidikan daripada beberapa pihak profesional mendapati projek 1BestariNet ini adalah gagal dan hanya merugikan duit rakyat.

Dakwanya lagi, perkara itu menyebabkan dia akhirnya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

“Saya tahu tak mudah dan saya tahu risiko yang terpaksa saya ambil waktu itu. Tapi ini kenapa saya sertai politik, untuk kita dapatkan kerajaan yang baik,” kata Maszlee.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.