fbpx

“Saya dah 98 Tahun, Tapi Masih Mampu Bercakap, Berfikir, Berbincang & Berdebat” – Tun M [Video]

Menurut Tun M, beliau sangat gembira dengan ucapan yang diterima daripada orang ramai semalam selain berharap hubungan beliau bersama rakyat serta sokongan dari luar akan berterusan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (10 Julai), merupakan hari kelahiran tokoh negarawan negara iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ke-98 tahun.

Susulan itu, orang ramai termasuk ahli keluarganya serta rakan-rakan politik mengucapkan selamat hari jadi dan mendoakan kesejahteraan beliau.

Tun M buat video ucap terima kasih pada orang ramai

Bagi menghargai ucapan yang diterima, bekas Perdana Menteri itu yang juga mesra disapa Tun M memuat naik satu video sebagai tanda penghargaan kepada orang ramai yang mendoakan dan menyokongnya.

“Terima kasih atas ucapan selamat hari jadi yang ke-98 bagi diri saya. Saya amat hargai ingatan tuan dan puan berkenaan dengan umur dan hari lahir saya.”

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Umur 98 tahun tapi masih mampu berfikir, berbincang dan berdebat

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok rasminya, Tun M menyatakan di usia 98 tahun ini, beliau masih mampu untuk berfikir, berbincang dan berdebat.

“Saya sekarang 98 tahun, tapi mujur masih mampu untuk bercakap, berfikir, berbincang dan berdebat dan untuk media seperti yang anda ketahui saya masih mampu menjawab semua soalan mereka,” katanya.

Tun M harap hubungan bersama rakyat serta sokongan luar akan berterusan

Menurutnya, beliau sangat gembira dengan ucapan yang diterima daripada orang ramai semalam selain berharap hubungan beliau bersama rakyat serta sokongan dari luar akan berterusan.

“Saya akan terus berpegang kepada mereka yang memberi sokongan terhadap apa yang saya cuba buat untuk Malaysia.

“Saya harap di usia tua ini saya masih mampu meneruskan kerja yang telah saya laksanakan. Reaksi yang sangat saya teruja dan saya berharap saya mampu jadi insan yang berguna dalam pengakhiran hidup saya,” katanya lagi.

Tun M sambut hari jadi di pejabat semalam

Dalam video yang sama, turut kelihatan satu sambutan hari kelahiran buat bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dipercayai di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

“Seperti biasa saya masih aktif dalam politik dan benda yang saya buat kadang orang suka kadang tak suka. Tapi saya buat secara ikhlas untuk memperbaiki keadaan dalam negara ini, itu hasrat saya dan saya ucapkan terima kasih untuk semua,” katanya dalam majlis tersebut.

@chedetofficial

Terima kasih atas ucapan selamat hari jadi yang ke-98 bagi diri saya. Saya amat hargai ingatan tuan dan puan berkenaan dengan umur dan hari lahir saya. Thank you very much for your comments, support, and criticisms. I hope to continue being of service to those who still support me.

♬ original sound – chedetofficial – chedetofficial
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.