“Ini Berkat Doa Ibu”- Yuna Luah Rasa Teruja Wajah Terpampang Di Kota New York Lagi

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, pasti kita semua akan gembira dan berbangga apabila mendapat perkhabaran ada rakyat kita yang berjaya mencipta nama dan menjadi sebutan di luar negara bukan?

Macam mana pula perasaannya sekiranya kita sendiri yang berjaya mengharumkan nama negara malah diangkat menjadi wakil kepada masyarakat Asia?

Lagi lah extra seronok dan teruja!

Itu yang dirasakan penyanyi terkenal, Yuna apabila wajahnya sekali lagi terpampang besar di papan iklan gergasi yang terletak di beberapa lokasi di New York, Amerika Syarikat (AS) antaranya di 7th Avenue yang juga pusat fesyen di sana.

Menerusi Instagram, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai meluahkan rasa terharu dan berbangga apabila dipilih menjadi wajah kepada seluruh Asia oleh aplikasi muzik Spotify bersempena kempen bulan Warisan Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik (AAPI).

“Lihat mak, wajah saya di merata-rata NY (New York). Meraikan bulan Asian American & Pacific Islander Heritage bersama Spotify. Terima kasih Spotify kerana sentiasa memilih saya di samping beberapa lagi artis dari Asia untuk menjadi sebahagian dari bulan istimewa ini. Saya sangat bangga menjadi warga Asia.”

Penyanyi yang berpangkalan di Los Angeles itu bagaimanpun tidak berkesempatan melihat sendiri papan iklan tersebut memandangkan dia ketika ini tidak berada sana.

“Saya harap saya berada di sana untuk menyaksikannya sendiri. Saya kerap terlepas menyaksikanya apabila papan iklan saya di New York. Jaga keselamatan semuanya,” tulis Yuna sebagai kapsyen.

Memetik mStar, Yuna berkata, semua ini adalah berkat sokongan dan doa daripada ibunya. Selain itu dia juga sentiasa mengingatkan diri agar berlaku adil kepada sesiapa sahaja

“Ini adalah berkat doa ibu, saya percaya saya berlaku adil dalam kehidupan yang sedang saya lalui. Kamu dapat sesuatu dan kamu akan kehilangan sesuatu yang lain tapi selalu bersikap baik dan adil biarpun orang lakukan sesuatu yang salah terhadap kamu,” ujarnya.

Sebagai rekod wajah Yuna sudah 2 kali dipaparkan di billboard di sana iaitu pertama kali pada tahun 2016 dan sekali lagi pada Julai 2019 sewaktu pelancaran album Rogue.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

19 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

20 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

20 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

21 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

22 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

24 hours ago