“Benda Ni Tak Jadi Lagi Dekat Mereka” – Respon Sharifah Shahira Selepas Sakinah Teruk Dicemuh
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Berita perceraian pelakon Sharifah Sakinah bersama juruterbang Aliff Adha baru-baru ini begitu mengejutkan dunia hiburan . Apatah lagi pasangan tersebut begitu dilihat serasi meskipun baru-baru ini timbul beberapa isu yang membangkitkan tanda tanya orang ramai mengenai status hubungan mereka.
Namun nyata yang lebih mengejutkan adalah reaksi segelintir netizen di Malaysia yang seolah meraikan perkara tersebut sehingga menggunakan kata-kata cemuhan terhadap aktres terbaru.
Enggan mengambil peduli dengan kata-kata yang dilontarkan kepada adiknya memandangkan Sakinah merupakan seorang selebriti, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah bagaimanapun memerli tindakan mereka mencemuh adiknya
“Yang serang Sakinah dia baru ada dekat muka bumi ini tiga hari. Macam suami dia tak ada perempuan lain. Kononnya dia sembahyang lima waktu, dia paling baik.
“Benda ini tak jadi lagi dekat batang hidung mereka. Sembahyang lima waktu tapi sibuk hal orang lain buat apa. Apa yang bezakan adalah mereka bukan selebriti. Saya tak kisah langsung dengan orang macam ni.
“Mereka yang mencemuh kena ingat bukan dia saja di dunia ini. Dia selamat sebab kita taktahu kehidupan dia macam mana,” katanya kepada portal Gempak
Menurut Shiera lagi, apa yang berlaku merupakan satu proses pembelajaran buat adiknya dan dia percaya perceraian itu akan lebih mematangkannya.
“Ada keuntungan juga kepada Sakinah. Disebabkan dia public figure ramai yang suka dengan dia. Ada yang mendoakan. Orang yang kenal rapat lebih tahu tentang diri Sakinah.
“Kadang-kadang lepas bercerai ini, kita akan lebih matang cuma akan mengambil sedikit masa. Dia akan menyesal dan belajar daripada pengalaman lalu. Itu untuk Sakinah.
“Yang netizen di luar sana macam mana pulak? Banyak lagi boleh belajar asalkan tak sibuk dengan kehidupan orang lain,” katanya.