fbpx
Now Reading
36 Lagu Bakal Berentap Di Separuh Akhir Anugerah Lagu Indie 2020

36 Lagu Bakal Berentap Di Separuh Akhir Anugerah Lagu Indie 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anugerah Lagu Indie (ALI 2020) pada Khamis (27 Ogos) lalu telah mengumumkan senarai penuh 36 lagu yang layak ke separuh akhir di mana ia berlangsung dalam 3 sesi iaitu pada 4, 11 dan 18 September ini.

Yang menariknya persaingan dilihat seimbang di antara pemuzik baharu dan pemuzik yang sudah pun menempa nama sekaligus menjadikan anugerah ini lebih menarik untuk ditonton.

Dari senarai 36 lagu yang tersenarai antara nama besar yang terpilih ke pentas separuh akhir adalah Sekumpulan Orang Gila (SOG), Loko, Jemson, dan Orkes A. Hizadin.

Penambahan 6 lagu ke separuh akhir

Namun difahamkan ALI 2020 separuh akhir yang sepatutnya hanya melibatkan 30 lagu telah ditambah kepada 36 lagu. Keenam-enam lagu yang dimasukkan sebelum ini pernah mengungguli Carta Indie Rakita (Rakita FM).

Enam laguberkkenaan adalah:

  • Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah)
  • Mujikalau Kita Kata Ke Depa Bukan Depa Nak Mau Dengaq (Hacktick!)
  • Che Using (No Good) 
  • Gundah Gulana (Loko)
  • Lagu Paling Kecewa Dalam Dunia oleh Jemson
  • Menunggu (Orkes A. Hizadin & Ainina Hasnul)

Penyertaan enam lagu ini bagaimanapun tidak menjanjikan peluang mereka mara ke 12 terakhir memandangkan ALI merupakan pertandingan yang menilai kualiti lagu dan bukannya populariti lagu tersebut.

Perkara ini dijelaskan Jennifer Thompson, selaku juri ALI 2020 yang turut memuji rata-rata lagu yang tersenarai ke separuh akhir yang padanya begitu berkualiti tinggi meskipun dihasilkan artis yang kurang dikenali.

“Walaupun lagu-lagu itu (daripada Carta Indie Rakita) sudah dikenali, ia tidak menjamin kemaraan mereka.

“Banyak lagu dari penyanyi yang kita tak kenal tapi kualitinya amat baik,” katanya sewaktu sidang media ALI2020.

36 lagu rebut 12 slot terakhir

Dari 36 lagu ini, hanya 12 sahaja yang bakal dipilih di Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie yang bakal berlangsung pada 3 Oktober 2020 nanti di Spacerubix, Puchong.

Separuh akhir ALI 2020 akan disiarkan secara langsung di YouTube Kamar Seni jam 9 malam (4, 11 dan 18 September) dan siaran ulangan boleh ditonton di laman Youtube rasmi Anugerah Lagu Indie.

Untuk senarai 36 lagu sila lihat di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.