fbpx
Now Reading
Guna MC Untuk Tengok Bola, Wanita Ini Akhirnya Dibuang Kerja Selepas Muka Keluar TV Sambut Kemenangan England

Guna MC Untuk Tengok Bola, Wanita Ini Akhirnya Dibuang Kerja Selepas Muka Keluar TV Sambut Kemenangan England

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemenangan England pada perlawanan separuh akhir EURO 2020 dengan menundukkan Denmark baru-baru ini cukup menggembirakan peminat bola sepak di sana dan seluruh dunia.

Lebih mengujakan kerana ini merupakan kali pertama pasukan Three Lions itu berjaya mara ke perlawanan akhir kejohanan utama bola sepak dunia sejak World Cup 1966.

Namun keterujaan seorang peminat fanatiknya Nina Farooqi, 37 yang turut hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir di Stadium Wembley,London itu berakhir dengan kedukaan apabila dia pada esok harinya telah dibuang kerja.

Wajah terpampang di TV sewaktu England raikan jaringan

Difahamkan semua ini berlaku selepas muka Nina dan seorang rakannya terpampang besar di kaca Televisyen sewaktu sedang girang meraikan jaringan penyamaan oleh pasukan England.

Malah dia yang duduk di tempat duduk belakang tiang gol turut muncul didalam IG Story milik seorang pemberita terkenakal, Stacey Dooley.

Rupanya tipunya MC

Menonton bola secara langsung di stadium bukan lah satu kesalahan, malah kami yakin majikannya yang juga seorang warga British pastinya menyokong pasukan bola sepak negara mereka itu.

Namun kesalahan wanita ini yang juga seorang Digital Content Producer ialah dia telah menipu majikannya dengan menggunakan alasan sakit semata-mata untuk ke Wembley.

Menerusi laporan Telegraph, Nina memilih untuk menggunakan alasan tersebut kerana dia yakin tidak akan diberikan cuti apatah lagi untuk menyaksikan perlawanan berkenaan disebabkan syarikatnya sedang kekurangan staf.

Namun Nina yang berasal dari Ilkey, Yorkshire yang terletak 4 jam jauh dari London bagaikan ‘teracun’ dan nekad dengan keputusannya sebaik rakannya memaklumkan berjaya mendapat tiket bagi menyaksikan perlawanan berkenaan.

Dapat panggilan tak perlu kepejabat

Menyangkakan semuanya baik-baik sahaja, Nina keesokan harinya yang sedang dalam kereta api untuk kembali ke Leeds untuk bekerja telah menerima panggilan dari majikannya untuk ‘tidak lagi masuk ke pejabat’

Dia yang terkejut dan sedikit kecewa dengan perkhabaran tersebut bagaimanapun terpaksa menerima hakikat kerana dia sememangnya seorang peminat bola sepak.

Namun apa yang menghairankannya dari ramai-ramai 60,000 penonton yang ada didalam stadium, wajahnya juga yang terpampang besar di Televisyen.

“Saya berasa agak menyesal. Tiada sesiapa yang mahu dipecat tetapi saya juga pasti menyesal jika terlepas perlawanan itu.

“Saya akan melakukannya sekali lagi,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.