fbpx
Now Reading
Kenapa Ronaldo Menang Kasut Emas Walhal Jaringan Sama Banyak Dengan Schick? Ini Sebabnya

Kenapa Ronaldo Menang Kasut Emas Walhal Jaringan Sama Banyak Dengan Schick? Ini Sebabnya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui EURO 2020 sudahpun melabuhkan tirainya pagi tadi dengan kemenagan berpihak kepada pasukan Itali.

Bukan itu sahaja Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo turut mencipta nama apabila merangkul anugerah Kasut Emas dengan lima jaringan meskipun pasukannya terkandas di suku akhir dengan mengatasi pesaing terdekatnya Patrick Schick (Republic Czech) yang turut meledak lima gol diikuti rakan karibnya Karim Benzema(Perancis) dengan 4 gol.

Foto: UEFA

Namun pencapaian Ronaldo merangkul anugerah ini mungkin menjadi tanda tanya segelintir peminat bola sepak memandangkan jumlah jaringan gol yang diledakkan adalah sama dengan Schick.

Agak-agak kalian kenapa?

Foto: Twitter UEFA Euro 2020

Bilangan assist diambil kira

Mengikut standard UEFA, Ronaldo memenangsi Kasut Emas disebabkan bilangan assist yang dihasilkan. 

Pemain berusia 36 tahun ini melakukan satu assist manakala Schick gagal untuk melakukannya sepanjang kejohanan ini.

Ronaldo telah membuka jaringan dalam Kejuaraan Eropah 2020 dengan dua gol ketika mengatasi Hungary 3-0 menjadikannya sebagai penjaring gol terbanyak kejuaraan tersebut dengan 11 jaringan.

Foto: Goal Ball

Dia kemudian telah menambah satu gol ketika tewas 4-2 menerusi perlawanan dengan Jerman dan menembusi gawang gol Perancis dengan dua jaringan menjadikan keputusan seri 2-2.

Menurut UEFA, dua jaringan ke atas Les Bleus menjadikan rekod Ronaldo sepanjang zaman menjadi 109 gol, menyamai rekod dunia dicipta oleh Ali Daei iaitu bekas penyerang Iran.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.