fbpx
Now Reading
Wajah Dikatakan Mirip Anggota Blackpink, Anak Aisywarya Rai Dapat Gelaran Young Lisa

Wajah Dikatakan Mirip Anggota Blackpink, Anak Aisywarya Rai Dapat Gelaran Young Lisa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/desicheshire/status/1072849654079864833https://twitter.com/StanStrayKids00/status/1087948924499963904?

Anak kepada pasangan Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan menjadi tumpuan di sosial media, kerana dikatakan mempunyai wajah mirip anggota kumpulan K-pop Blackpink , iaitu Lisa sehingga mendapat jolokan ‘Young Lisa’.

Lisa Blackpink yang pernah menduduki tempat pertama dalam senarai “Wajah Wanita Tercantik Di Asia” pada tahun 2019 setelah meraih undian tertinggi daripada peminat.

Menurut salah seorang peminat K-Pop, dia sudah menemui kembaran Lisa Blackpink iaitu anak kepada Aishwarya Rai, Aradhya Bachchan.

Aradhya yang memiliki persamaan dengan Lisa Blackpink dari segi rambut, mata dan pipi montel mereka atau pada cara senyuman yang sama.

Biarpun begitu, Aradhya Bachchan yang berusia lapan tahun itu juga mewarisi kecantikan dari ibunya yang pernah menjuarai gelaran ‘Miss World’ pada tahun 1994.

Tambah pula, sehinggakan ada yang mengelarkan mereka sebagai “Cutest Mother-Daughter Dou” kerana kecantikan Aradhya tidak tumpah seperti ibunya.

Selain itu, mereka juga sering menjadi tumpuan lensa kamera sama ada ketika menghadiri majlis di India atau hanya di jalanan, mereka sentiasa bergambar dengan cantik dan tenang sekali.

Terdahulu, Aishwarya Rai dan aktor Abhishek Bachchan mendirikan rumah tangga pada tahun 2007. Hasil perkahwinan mereka itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aradhya Bachchan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.