fbpx
Now Reading
Haqiem Rusli Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 2020, Ini Senarai Penuh Pemenang

Haqiem Rusli Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 2020, Ini Senarai Penuh Pemenang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berlabuh sudah Angerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 33 malam tadi yang menyaksikan Haqiem Rusli dinobatkan sebagai pemenang anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 33.

Apa yang menariknya penyanyi berbakat besar ini mendapat 22, 332, 676 undian sekaligs menewaskan puluhan bintang besar lain seperti Alif Satar, Nur Fazura, Siti Nordiana, Ben Amir, Zahiril Adzim dan ramai lagi di Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Terdahulu, Haqiem Rusli atau nama penuhnya Ridzuan Haqiem Rusli meleburkan dominasi tiga tahun Khai Bahar apabila meraih trofi Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia

“Dear Qiemilio.. Ini untuk you gais”

Selain kemenangan Haqiem Rusli di bawah kami senaraikan pemenang ABPBH 33 bagi semua kategori lainnya :

Artis Baharu Lelaki Popular – Cubb E
Artis Baharu Wanita Popular – Isyariana
Pelakon Filem Lelaki Popular –  Zahiril Adzim
Pelakon Filem Wanita Popular – Mawar Rashid
Pelakon TV Lelaki Popular  –  Ben Amir
Pelakon TV Wanita Popular –  Siti Saleha
Penyanyi Lelaki Popular  Xiaomi Malaysia– Haqiem Rusli
Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia – Wany Hasrita
Artis Kolaborasi / Duo Popular – Siti Nordiana & Khai Bahar
Artis Komedi Popular – Sherry Alhadad
Artis Versatil Popular –  Siti Nordiana
Penyampai Radio Popular – Dj Lin
Pengacara TV Popular – Sherry Alhadad

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.