fbpx
Now Reading
Risteena Terkejut Dapat Kek Hari Jadi Ke-31 Macam… [Video]

Risteena Terkejut Dapat Kek Hari Jadi Ke-31 Macam… [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa je yang tak suka dapat kejutan masa birthday kan? Nak-nak lagi kalau dapat raikan momen-momen penting bersama keluarga ataupun orang tersayang, betul tak?

Macam tulah perasaan yang dirasai oleh pelakon, Nur Risteena ketika menyambut hari jadinya yang ke -31, semalam.

Tapi, ada suatu perkara yang tidak dijangkakan olehnya apabila menerima kek hari jadi berbentuk lipas. Sudahlah takut dengan serangga tersebut, pulak dapat kek bentuk macam tu siapa je yang tak seram atau terkejut dibuatnya.

Kredit: Instagram/@ruhainies7

Menerusi perkongsian di laman Instagram adiknya iaitu Ruhainies, dia yang mengupload video tersebut menunjukkan reaksi Risteena yang terkejut selepas membuka kotak kek tersebut.

Tambah pula, Ruhainies mengakui bahawa sudah lama merancang kejutan tersebut bersempena ulang tahun kakaknya itu.

“SURPRISE HAHAHAHAHA happy birthday sweet 17 @nur_risteena.

“I hope you love the surprise, I memang dah lama plan cake ni specially order for risteena. Sebab dia dari kecik lagi punya takut lipas tu kalau jerit boleh gegar bangunan.

“Korang rassa dia makan tak cake tu?

“Million thanks and congrats to @madaboutcake_official for the beautiful cake! more than I expected! Ahahhaa. Even last minute order, you guys still made it. Thank you so much,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kredit: Instagram/@madaboutcake_official

Apa-apa pun kami ucapkan selamat hari jadi buat Risteena dan semoga sihat selalu dan semoga dimurahkan rezeki. Amin!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.