Akim Ahmad Bengang, Model Vietnam Dakwa Lakonannya Dalam MV Dibuang Kerana Stacy Cemburu

Media sosial sejak lewat malam tadi hangat selepas seorang model Vietnam, yang dikenali sebagai Jade memuat naik satu kenyataan bernada kecewa ekoran lakonannya bagi Muzik Video (MV) Rampas nyanyian Akim and The Majistret ditapis dan tidak dikeluarkan kumpulan tersebut.

Sebaliknya mereka hanya menggunakan footage persembahan band dan membuang semua lakonannya bagi MV rasmi tersebut walhal segala penggambaran sudahpun selesai.

Menurut Jade yang berdarah kacukan Jerman- Vietnam, semua itu gara-gara isteri kepada vokalis utamanya cemburu membuatkan semua babaknya ditapis.

Malah sebagai bukti dia kemudian menunjukkan video dari perbualannya dengan seseorang dipercayai pengurus atau orang penting dalam pembikinan MV berkenaan berhubung penapisan babak lakonannya.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, satu Malaysia mengetahui status berkenaan berkait dengan Akim dan isterinya Stacy.

Tidak sampai sehari posting Jade dikeluarkan Akim Ahmad atau nama betulnya Afiq Hakim bin Ahmad kemudiannya tampil mempertahankan dirinya.

Akim menjelaskan babak tersebut terpaksa ditapis kerana ianya dilihat tidak menjaga sensitiviti masyarakat Asia.

Apatah lagi, lagu berkenaan diciptanya sebagai memperingati arwah ibunya yang sudah tiada.

Ekoran dari itu dia membuat keputusan untuk mengubah konsep Muzik Video berkenaan demi menjaga hati keluarganya dan masyarakat selain menghormati pemergian ibunya. 

“Aku dah kehilangan ibu aku, kalau aku keluarkan MV yang keterlaluan pada pandangan mata orang asia macam aku ni, apa pulak pandangan kekecewaan yang akan aku dapat dari ayah aku? Aku tak nak kecewakan ayah dan keluarga.

“Ini bila kita dah bagitau jalan cerita sesebuah lagu tu dah dibincangkan, tapi tetap nak buat sesuatu atas sebab “art” sebab nak kepuasan nafsu sendiri dalam berkarya. Siapakah????? ” tulis Akim panjang lebar

Isu dibangkitkan semasa ulang tahun perkahwinan dia dan Stacy

Lebih menimbulkan kemarahan Akim, isu ini dibangkitkan pada hari ulangtahun perkahwinannya bersama Stacy.

“Hari ni anniversary aku, kau kacau family aku? Kau rasa kau siapa si*l? ” jerkah Akim lagi.

Difahamkan isu ini sebenarnya sudah lama memandangkan MV Rampas sudahpun dikeluarkan 3 tahun dahulu namun baru hari ini semuanya didedahkan kedua-dua pihak.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

1 day ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

1 day ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

1 day ago