Umum pasti mengetahui yang negara masih lagi berdepan dengan pandemik. Meskipun kes harian makin mencatatkan penurunan, orang ramai masih lagi rakyat diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerajaan dalam mengawal penularan wabak tersebut.
Namun sejak semalam, tular satu video di media sosial majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang didakwa tidak mematuhi SOP.
Terbaharu, PDRM dilaporkan telah membuka kertas siasatan berhubung penularan video berkenaan kerana didakwa melanggar SOP Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Berlangsung di sebuah vila di Genting Highlands
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar, hasil siasatan pada video tersebut mendapati majlis perkahwinan itu berlangsung di sebuah vila di Genting Highlands, Bentong Pahang kira-kira jam 8.30 malam pada 15 Disember lalu.
”Menerusi video tersebut mendapati terdapat tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan sosial.
”Keadaan tersebut dilihat telah melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu polis kini akan mengesan kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan yang berlangsung di vila tersebut.
Jelas beliau lagi, kes ini kini disiasat di bawah Perkara 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.
Dalam pada itu itu beliau meminta orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkait insiden berkenaan dan terus mematuhi SOP yang ditetapka Majlis Keselamatan Negara (MKN).