“Geli Dia Panggil Sahabat”- Akui Dah Bertahun Tak Berhubung, Ajak Dedah Sikap Sebenar Shahrol Shiro [Video]

Sejak semalam (3 Ogos), nama dua pelawak terkenal, Ajak dan Shahrol Shiro hangat diperkatakan di media sosial selepas masing-masing ‘berperang’ dan berbalas komen berhubung isu penghijrahan penyampai radio, Fizi Ali dari Suria FM ke Hot FM.

Meskipun topik perbualan mereka pada mulanya berkisar mengenai perpindahan Fizi dan permintaan Shahrol yang mahu Suria FM menjadi lebih profesional, ia akhirnya menjadi satu isu peribadi selepas Shahrol mula mengaitkan kemasukan Ajak ke Suria FM dengan pengundurannya.

Menerusi komen yang sudah pun dipadamkan, Shahrol mendakwa keputusannya ‘mengangkat kaki’ dari stesen radio tersebut telah membuka ruang rezeki buat Ajak sekeluarga.

Kenyataan tersebut tidak disenangi oleh Ajak yang kemudiannya membuat beberapa pendedahan mengejutkan antaranya terpaksa menolak tawaran pertama yang diterimanya dan rela tidak bekerja selama setahun demi menjaga persahabatan mereka.

Baca artikel berkaitan : Shahrol Mahu Stesen Radio Lebih Profesional, Namun Komen Balas Ajak Shiro Curi Perhatian Ramai

Sudah bertahun tak berhubung, bermesej

Terbaharu, Ajak yang tampil menerusi satu temubual bersama mStar mendedahkan dia dan rakan sekumpulannya Maharajalawak itu sebenarnya sudah bertahun tidak berhubung.

Jelas Ajak, dia begitu terkilan apabila Shahrol mendakwa pengundurannya dari Suria FM menjadi asbab rezeki kepada dia dan keluarganya.

“Saya rasa ayat dia tu seperti anggap diri dia Tuhan. Ini adalah ciri-ciri orang yang sombong bila rasa diri dia terlalu berguna.

“Hakikatnya, pada hari pertama saya keluar Hot FM saya dapat offer untuk sertai Suria. Saya cakap dengan mereka minta maaf saya tak mampu nak join Suria sebab kalau tukar keluar gambar Shahrol dan letak gambar saya, ia jadi tak cantik,” katanya.

Sanggup menganggur atas nama sahabat

Tambah penyampai segmen Team Pagi Suria itu lagi, dia sebaliknya sanggup menganggur selama setahun demi sahabatnya itu.

“Sedangkan saya tak perlu fikir pun masalah dia. Tapi fikir pasal dasar sahabat, saya pilih menganggur Shahrol daripada ambil tempat awak.

“Awak jangan rasa ini tempat awak, awak tak sedar ke tempat ini dah diduduk oleh Fara Fauzana, ada lagi nama orang lain, selepas itu baru saya masuk.

“Saya juga merayu pihak Suria tidak teruskan saman atas masalah lama awak. Hakikatnya selepas setahun awak tinggalkan barulah saya sertai Suria.”

“Ini beza dengan apa yang awak buat pada saya waktu kita dapat tawaran Era awal karier dulu sahabat. Awak kata kita jangan terima. Saya percaya cakap awak dan saya tolak pelawaan radio nombor satu. Rupanya awak terima pelawaan itu dengan orang lain,” luah Ajak lagi.

Terpaksa buka cerita kena tak mahu lagi ‘dipijak’

Ajak dalam masa sama turut memohon maaf kerana terpaksa membuka cerita lama kerana dia tidak mahu lagi dipijak kerana dia bukan budak kecil yang boleh dipermainkan.

“Shahrol, cukuplah bagi jawapan pusing-pusing ni. Saya bukan budak kecil. Dulu mungkin 25 26 saya diam. Sekarang saya dah 37 tahun saya perlukan ketenangan tu semua. Jadi saya nak nasihat awak semua janganlah sanjung kaduk dah naik junjung ni. Fikir-fikirkanlah,” kata Ajak lagi.

Geli dipanggil sahabat

Malah Ajak meluahkan rasa tidak selesa dengan panggilan sahabat yang digunakan Shahrol apatah lagi mereka sudah lama tidak berhubungan selain dia merasakan rakannya itu langsung tidak pernah menganggap isteri dan anak-anaknya sebagai saudara mereka.

“Bila dia memanggil saya sahabat di depan orang ramai, saya rasa geli. Sedangkan hakikatnya bertahun dah dia tak telefon saya. Ada kawan-kawan yang minta no telefon saya, dia kata nombor telefon saya tidak ada.

“Dia sahabat ni lain. Minta maaf saya terpaksa buka semua ni, tapi saya rasa tak perlu saya nak hormat orang yang dah pijak kepala saya. Yang tak pandang pun isteri saya tu saudara dia, anak-anak saya tu anak saudara dia. saya cakap cukuplah sampai disini sahaja. Bukan nak bermusuhan, tapi saya tak nampak dia nak buat kebaikan. Sampai hari ini dia tak padam posting di Instagram. Kutuk apa, siapa dia?” kata Ajak lagi.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

14 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

14 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

15 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

16 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

17 hours ago