fbpx
Kau Vs Aku, Sooka

‘Kau Vs Aku’- Sooka Rai Kejayaan Drama Tonton Episod Akhir Dengan Pelakon & Peminat

Drama bersiri Kau Vs Aku yang menampilkan lapan episod ini turut menjadi trending di TikTok apabila mendapat lebih daripada 200 juta tontonan di aplikasi tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Drama bersiri Kau Vs Aku yang menjadi trending di aplikasi TikTok sehingga mendapat lebih daripada 200 juta tontonan yang berlangsung sebanyak 8 episod telah melabuhkan tirai bagi episod akhirnya, semalam (9 September).

Apa yang lebih menarik, Sooka turut meraikan kejayaan ini dengan mengadakan tontonan episod akhir di mana peminat berpeluang untuk menonton bersama-sama dengan barisan pelakon di The Bee, Publika.

Adaptasi dari karya Sheiyruna di Watpad

Semenjak ia dilancarkan pada 19 Ogos lalu, drama bersiri Kau Vs Aku yang diadaptasi daripada sebuah webnovel Wattpad yang di tulis oleh Sheiyruna telah muncul sebagai drama bersiri nombor satu dengan jumlah tontonan terbanyak di aplikasi Sooka.

“Kau Vs Aku dicipta untuk memenuhi selera penggemar permainan atas talian, penulis novel dan remaja di Malaysia, dan kami berasa gembira dengan sambutan yang amat positif dan menggalakkan dari para peminat terhadap drama bersiri ini.

“Jumlah tontonan melebihi 200 juta di laman TikTok merupakan penanda aras bagi permintaan tinggi peminat terhadap siri ini, yang turut menyumbang kepada jumlah pelanggan pelan VIP kami yang semakin meningkat sejak ia dilancarkan,” kata Emarina Mohd Kamal, Ketua Rancangan di Sooka.

Ambil masa setahun untuk disiapkan

Menurut Emakarina, drama bersiri yang telah mencatat lebih 2 juta bacaan di Wattpad ini turut mengambil masa selama setahun untuk dihasilkan.

Jelasnya lagi, pihaknya juga kini dalam proses untuk membawa drama bersiri ini ke pasaran luar memandangkan ia mendapat permintaan di Indonesia serta Singapura dan aplikasi Sooka pada ketika ini hanya boleh dilanggan di Malaysia.

Sinopsis ringkas drama bersiri Kau Vs Aku

Drama ini mengisahkan tentang zaman persekolahan seorang gadis remaja berusia 16 tahun yang bernama Aulia Zulaikha yang bercita-cita untuk menjadi penulis namun hidupnya menjadi tidak tentu arah selepas jejaka terkenal di Instagram yang diminati, berpindah ke sekolahnya.

Selain itu, drama ini turut memaparkan tentang bagaimana Aulia walaupun seorang yang baik tetapi cuba mempertahankan diri dengan apa yang dimahukan dalam hidupnya.

Drama bersiri ini turut dilakonkan oleh barisan pelakon yang mula meningkat naik seperti Dini Schatzmann, Shahsha Abedul, Mia Sara Shauki, Chubb-E, Atikah Suhaime serta banyak lagi.

Tonton Kau Vs Aku di aplikasi Sooka

Drama bersiri ini sebanyak 8 episod ini boleh ditonton secara terus melalui koleksi boxset dengan melanggan pelan langgan mudah alah di aplikasi Sooka dengan pelan VIP Entertaiment pada harga RM15.90 setiap bulan.

Manakala bagi yang memilih untuk merasai pengalaman menonton melalui skrin TV anda boleh melanggan pelan VIP TV pada harga RM84.90 sebulan.

Untuk maklumkan dan promosi terkini, jangan lupa mengikuti Sooka di Facebook dan Instagram atau kunjungi laman sesawang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.