fbpx
Now Reading
Konsert Ungu Pada 26 & 27 Disember Ini

Konsert Ungu Pada 26 & 27 Disember Ini

Menurut Star Planet, perubahan tarikh ini adalah sebagai maklum balas kepada perintah PUSPAL agar semua persembahan konsert yang dijadualkan berlangsung pada hari mengundi ditunda.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Konsert oleh kumpulan rock Indonesia terkenal, Ungu, akan berlangsung pada 26 dan 27 Disember 2022 ini.

Konsert ini yang sepatutnya berlangsung pada 18 dan 19 November di Star Convention Center, Menara PGRM, Kuala Lumpur terpaksa dijadual semula bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut pihak penganjur, Star Planet, lokasi dan masa bagaimanapun akan kekal tanpa sebarang perubahan.

Menerusi kenyataan sama, Star Planet memaklumkan bahawa perubahan tarikh ini adalah sebagai maklum balas kepada perintah PUSPAL agar semua persembahan konsert yang dijadualkan berlangsung pada hari mengundi ditunda.

Dengan ini, semua tiket yang telah dikeluarkan akan dibatalkan secara automatik dan tiket baru akan dikeluarkan buat para pembeli. 

Pembeli tiket dinasihati untuk menyemak semula e-mel pengesahan pembelian tiket untuk mendapatkan tiket yang telah dikemaskini dengan tarikh baru selepas 25 November 2022.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.