Nama bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad cukup terkenal di kalangan pengguna media sosial dek kelantangannya dalam membahas sesuatu perkara.
Malah bekas penyanyi kumpulan Inteam itu juga sering menjadi perhatian kerana pendapatnya yang sering bercanggah dengan majori rakyat Malaysia termasuklah isu bumi rata, home schooling, vaksin dan juga mengundi semasa pilihan raya.
Baca artikel berkaitan:
“Aku Bumi Pun Tak Sama Dengan Hangpa”- Suhaimi Saad Sifatkan Mengundi Seperti Berjudi
Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid, Tak Mahu Digelar Ustaz
Namun itu tidak menghalang orang ramai untuk terus mengiktiraf kehebatan vokal Suhaimi yang pernah menjadi kegemaran anak muda suatu masa dahulu.
Terbaharu nama suami kepada penyanyi Ina Naim itu sekali lagi menjadi bualan pengguna media sosial.
Ianya selepas tular video dari TikTok rasmi kumpulan Inteam di mana mereka dilihat bergabung membuat persembahan bersama Suhaimi Saad dalam majis perkahwinan pengurus kumpulan tersebut.
Menerusi video tersebut Suhaimi dan ahli kumpulan Inteam yang lain iaitu Syah, Hazamin, Hisyam dan Rahim bersama-sama menyanyikan lagu Impian Kasih yang dipopularkan mereka pada tahun 2001.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah kemerduan vokal Suhaimi yang disifatkan masih sama seperti dahulu sekaligus membuat ramai mengimbau kenangan lama.
Video berkenaan turut tular di Twitter hingga mendapat perhatian pengguna di sana.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok mengakui bahawa vokal semua ahli kumpulan Inteam masih kekal bertenaga dan merdu seperti dahulu kala.
Malah ada yang teruja dengan persembahan secara bersama itu sehingga mencadangkan Suhaimi agar kembali bergabung bersama Inteam.
Sebagai rekod, Suhaimi memilih utuk berundur dari Inteam (dahulu In-team) serta bergerak secara solo selepas kumpulan berkenaan menubuhkan syarikat rakaman sendiri dan tidak lagi bernaung di bawah label Hijjaz Records.
Dia bagaimanapun kekal bersama mentornya Hijjaz Records manakala Inteam bergerak di bawah Inteam Records.
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…