“Aku Bumi Pun Tak Sama Dengan Hangpa”- Suhaimi Saad Sifatkan Mengundi Seperti Berjudi
Bekas penyanyi itu turut mengakui cara dia berfikir dan pemahamannya berbeza dengan orang lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui pada 16 November ini, setiap rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk membuang undi bagi memilih calon pemimpin Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bukan itu sahaja, parti-parti politik juga sudah mula mengumumkan calon-calon yang dipercayai boleh membawa kemenangan kepada parti mereka.
Malah ada di antara yang menjadi calon itu datang dari pelbagai latar belakang termasuklah dari industri seni tanah air.
Sifatkan perbuatan mengundi itu berjudi kerana keluar wang pertaruhan
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @matzam9 memaparkan bekas penyanyi nasyid InTeam, Suhaimi Saad yang tidak bersetuju dengan konsep mengundi dan menyifatkan ia satu perbuatan berjudi.
Jelasnya, perkara itu dianggap judi kerana seseorang calon itu akan mengeluarkan wang pertaruhan.
“Aku bumi pun tak sama dengan hangpa (anda). Hangpa tahu tak orang yang mengundi menjadi calon itu keluarkan wang pertaruhan, judi tahu tak?
“Yang pergi sokong, bela dan undi tu. Tak kira PAS ke UMNO ke apa pun cuba pergi tanya betul tak ada wang pertaruhan? Kalau kalah hangus. Judi ke tak?” katanya.
Dalam video tersebut, dia turut bertanya adakah individu seperti itu yang ingin diangkat untuk menjadi pemimpin.
Akui cara berfikir berbeza dengan orang lain
Dia juga turut menyatakan tiada siapa yang boleh melarangnya untuk tidak mengundi memandangkan cara pemikirannya adalah berbeza dari orang lain.
Kata suami kepada Ina Naim ini, bagi yang mahu mengundi itu terpulang kepada mereka dan ia perlu dijawab sendiri kepada Allah SWT.
Ulama minta untuk membangun bersama Islam
Menerusi satu lagi video yang dimuat naik, dia turut menyatakan bahawa ulama-ulama menyuruh agar membangun bersama Islam di mana perkara tersebut akan di tanya oleh Allah SWT.
“Dimanakah Islamnya? Allah SWT tanya esok (nanti) tu tau. Dah pecah belah dah satu hal dah dosa dah.
“Tak tegak rukun Islam, dulu dengar juga RUU apa hudud apa, sekarang ni tak ada dah semua tak kisah dah, tak buat rukun Islam pun tak apa dah,” ujarnya lagi.