fbpx
Now Reading
“Arwah Memang Nak Umur Dia Sampai 43 Tahun Sahaja” – Ina Naim

“Arwah Memang Nak Umur Dia Sampai 43 Tahun Sahaja” – Ina Naim

Untuk info, Allahyarham Suhaimi Saad mula dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi, Johor pada Jumaat (10 November) yang lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Ibrahim (HSI).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (15 November), negara dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi dan bekas anggota kumpulan In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad.

Berita pemergian Suhaimi dikongsikan di Facebook rasmi kumpulan In-Team. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.40 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, Johor akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Baca Artikel Berkaitan: Bekas Penyanyi Kumpulan In-Team, Suhaimi Saad Meninggal Dunia

Ina Naim Dedah Shuhaimi Mahu Hidup Sampai 43 Tahun

Memetik Kosmo, balu kepada Allahyarham, Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim mendedahkan arwah pernah menyatakan kepadanya bahawa dia hanya mahu hidup sehingga usia 43 tahun.

“Masa arwah hidup, dia pernah cakap memang nak usianya hanya sampai 43 tahun sahaja dan tarikh lahir dia 12 Oktober masa itu dia dah mula sakit,” kata Ina.

Malah, wanita itu menyifatkan pemergian suaminya sangat mudah dan senang namun dia reda dengan ketentuan Illahi.

Mula Sakit Pada Ogos 2023

Mengulas lebih lanjut Ina berkata, arwah mula mengalami batuk teruk sejak Ogos yang lalu dan kesihatannya mula merosot pada Oktober 2023 apabila mengalami cirit-birit hingga menyebabkan berat badannya berkurangan sebanyak 20 Kilogram (kg).

“Arwah dah dimasukkan ke hospital enam hari, dah ditidurkan dari Hospital Kota Tinggi atas permintaan arwah sendiri sebagai jalan terakhir, perjalanan akhir arwah sangat mudah dan tenang, di sisi dia ada saya dan semua anak-anak,” katanya.

Mohon Maaf Mewakili Suami

Dalam pada itu, Ina turut mewakili arwah suaminya memohon maaf kepada semua pihak.

“Saya mohon maaf jika suami saya tersilap kata atau ada menyinggung perasaan mana-mana pihak atau termakan, terminum atau terambil saya memohon maaf bagi pihak dia,” ujar Ina lagi.

Untuk info, Allahyarham Suhaimi mula dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi, Johor pada Jumaat (10 November) yang lalu sebelum dipindahkan ke HSI.

Arwah mengalami jangkitan paru-paru hingga menyebabkan berlakunya kegagalan organ dalaman akibat batuk kronik yang dialami sejak empat bulan lalu.

Jenazah dijangka akan dikebumikan kira-kira jam 9 pagi di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi hari ini selepas selesai dimandi dan dikafankan di Jabatan Perubatan Forensik HSI.

Baca Artikel Berkaitan: Suhaimi Saad Hidap Pneumonia, Masih Ditidurkan Di ICU – Ina Naim

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.