fbpx
Now Reading
“Sebenarnya Bukan Tiada Mesin Basuh, Tapi..” – Ina Naim Cerita Kisah Sebenar Yang Pernah Jadi Kecaman Netizen

“Sebenarnya Bukan Tiada Mesin Basuh, Tapi..” – Ina Naim Cerita Kisah Sebenar Yang Pernah Jadi Kecaman Netizen

Selain kisah mesin basuh, Ina juga menceritakan kisah mereka sekeluarga yang pernah difitnah menjadi peminta sedekah dengan memakai purdah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan berita pemergian bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, yang disahkan meninggal dunia pada 15 November lalu sekitar 7.40 malam.

Khabar duka yang dikongsikan oleh kumpulan In-Team menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya telah mendapat reaksi ramai, di mana rata-rata netizen terkejut dan sebak mendengar berita tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Bekas Penyanyi Kumpulan In-Team, Suhaimi Saad Meninggal Dunia

Bagaimanapun, tiada siapa menyangka bahawa selepas beberapa hari pemergian arwah, satu persatu cerita baik mengenai dirinya yang selama ini dirahsiakan mula terungkai.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Ryhan Musa yang berkesempatan menemui isteri Allahyarham, Ina Naim telah menceritakan perkara sebenar yang dilakukan oleh arwah semasa kehidupannya dulu yang pernah menerima kecaman netizen.

Rumah Allahyarham sebenarnya mempunyai mesin basuh

Menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya, Ryhan berkata rumah arwah sebenarnya mempunyai mesin basuh, namun telah diberikan kepada jirannya yang lebih memerlukan.

“Rumah Ina (isteri arwah) bukan tiada mesin basuh, ada tapi…

“Ina nampak anak jiran Ina angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat. Ina tegur jiran tanya ‘kenapa akak?’ dan jiran Ina jawab ‘spin mesin basuh ini rosak Na’,” katanya Ryhan berkongsi perbualannya bersama Ina.

Mendengar jawapan jirannya itu, Ina terus pergi berjumpa dengan suaminya untuk menceritakan tentang perkara tersebut.

Allahyarham arah anak beri mesin basuh mereka kepada jiran

Susulan itu, Allahyarham Suhaimi mengarahkan anaknya untuk memberi mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut.

Difahamkan, cerita tersebut diceritakan sendiri oleh Ina kepada Ryhan yang kemudiannya dikongsikan di akaun Facebook miliknya.

Arwah Suhaimi dan keluarga pernah difitnah meminta sedekah

Selain kisah mesin basuh, Ina juga menceritakan kisah mereka sekeluarga yang pernah difitnah menjadi peminta sedekah dengan memakai purdah.

“Ina kata memang benar dia keluar minta sedekah tapi bukan untuk dia dan keluarganya. Kutipan derma itu mereka hantar pada mualaf di Sabah.

“Mualaf di sana ramai yang kembali murtad disebabkan mereka sangat susah,” kongsi Ryhan.

Allahyarham beritahu alami 30 tanda-tanda kematian kepada isterinya

Selain itu, wanita terbabit juga berkongsi bahawa Allahyarham pernah memberitahu isterinya yang dia telah mengalami 30 tanda-tanda kematian.

“Tapi Ina buat tak layan je. Tapi diam-diam Ina Google juga nak tahu awal tanda-tanda kematian itu macam mana.

“Seminggu sebelum balik ke Kota Tinggi, arwah jual kereta dia di Kelantan. Arwah pergi tanpa meninggalkan sebarang harta. Rumah di Kelantan hanya rumah sewa. Yang tinggal tujuh pasang baju dan selipar. MasyaAllah,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.