fbpx

“Alhamdulillah Selesai” – Anak Tunai Hasrat Suhaimi Saad Untuk Mandi & Solatkan Jenazahnya [Video]

Menurut anak sulung kepada arwah Suhaimi Saad, sebelum ini bapanya ada berpesan meminta untuk dimandikan serta solatkan jenazahnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap yang hidup pasti mahu dimandikan dan disolatkan jenazah oleh insan tersayang apabila sudah meninggal dunia kelak.

Malah bagi yang beragama Islam kebanyakan darinya turut menghadiri kursus pengurusan jenazah agar tahu bagaimana untuk mengendalinya jika berdepan dengan situasa tersebut.

Arwah Suhaimi Saad pesan pada anak untuk mandi dan solatkan jenazahnya

Perkara sama turut diinginkan oleh bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team iaitu Allahyarham Mohd Suhaimi Saad yang sebelum ini berpesan kepada anak untuk mandi dan solatkan jenazahnya.

Pesanan itu diberikan oleh bekas penyanyi berkenaan ketika kesihatannya semakin merosot.

Oleh itu, berikutan pemergian bapa tercinta ke negeri abadi, anak sulung kepada arwah telah menunaikan hasrat bapanya.

Turut pesan jangan tingal mengaji

Malah selepas ini remaja berusia 15 tahun itu, turut akan menjaga ibu serta adik-adik yang sedang membesar.

“Antara pesanan ayah sebelum meninggal dunia, dia minta agar kami jaga solat dan jangan tinggal mengaji.

“Ayah juga pesan kalau ayah tak ada nanti mandikan ayat, solatkan ayah.. Alhamdulillah semua itu kita selesaikan sudah buat,” ujarnya, dipetik Kosmo.

Terima ia sebagai qada dan qadar yang telah ditentukan

Jelas remaja itu lagi, dia reda di atas pemergian bekas penyanyi berkenaan dan menerima perkara itu sebagai qada dan qadar yang ditetapkan Allah SWT.

Ketika ditanya mengenai kenangan terindah yang dimiliki bersama Suhami dia menjawab, setiap hari bersama bapanya merupakan kenangan yang indah dalam hidupnya selain turut menyatakan mereka mempunyai hubungan yang rapat.

“Kami semua (adik beradik) rapat dengan ayah. Hari-hari menjadi kenangan terindah bersama ayah ada sahaja benda yang seronok kami buat dengan ayah,” jelasnya lagi.

Suhaimi Saad dimaklumkan meninggal dunia di HSI

Terdahulupada 15 November, dunia seni digemparkan dengan berita pemergian bekas penyanyi nasyid berkenaan yang meninggal dunia pada jam 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor.

Jenazah bagaimanapun telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara pada jam 9 pagi tadi.

Sebelum ini, arwah dikatakan mengalami batuk kronik sejak empat serta cirit-birit yang berterusan sehingga tiga bulan.

Keadaan itu secara tidak langsung telah membuatkan berat badannya turun mendadak sekitar 20 kilogram.

@kosmoonline

Bertuah Ina Naim dan Shuhaimi Saad ada anak soleh. Al-Fatihah kepada arwah. #shuhaimisaad #inanaim #diananaim #shuhaimisaad

♬ original sound – Kosmo! – Kosmo!

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.