Terima Lebih 10 Jahitan Kerana Ditumbuk, Isteri Hafidz Roshdi Tidak Mahu Toleh Belakang Lagi [Video]

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang dakwaan yang mengatakan pelakon, Hafidz Roshdi telah menumbuk isterinya, Nurul Shuhada sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka.

Perkara itu kemudian turut dimaklumkan oleh salah seorang ahli keluarga Shuhada yang menyatakan insiden itu berlaku berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) di Sungai Buloh.

Malah Shuhada dalam masa sama, turut memuat naik sekeping gambar di dalam InstaStory yang menunjukkan wajahnya berbalut dan dipercayai disebabkan kecederaan yang dialami oleh wanita itu.

Insiden tersebut menyebabkan pelakon berkenaan ditahan selepas hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor.

Baca artikel berkaitan: Keluarga Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Tumbuk Isteri Hingga Cedera

Nurul Shuhada tidak mahu toleh belakang dan serah kes kepada pihak berkuasa

Terbaharu, Shuhada tidak lagi mahu menoleh ke belakang dengan apa yang telah berlaku selain berharap dia berjaya bersama anak-anak.

Menerusi satu video temubual bersama Melodi, Shuhada menjelaskan dia sudah menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis.

Cedera di wajah, Shuhada terima lebih 10 jahitan

Katanya, dia berterima kasih terhadap layanan dari Hospital Selayang yang telah berusaha memberi rawatan terbaik meskipun terpaksa dijahit lebih dari 10 jahitan pada wajah disebabkan kecederaan yang dialaminya.

“Mungkin ini adalah peringatan untuk saya, hadiah (ditumbuk) hari jadi yang ke 29 tahun. Saya mendapat lebih dari 10 jahitan.

“Jahit dekat ni (di muka) lebih sakit dari jahit beranak, sakit sangat-sangat dan nasib baik tidak kena pada mata nanti buta lagilah susah,” kata Shuhada.

Ketika ditanya adakah dia membuat provokasi sehingga ditumbuk, Shuhada menjawab dia telah berkahwin bersama pelakon berkenaan selama tujuh tahun dan menyifatkan dirinya bodoh sekiranya melakukan provokasi terhadap Hafidz.

Ujar diri sudah lama ditindas, tak nak burukkan Hafidz pada anak-anak

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Shu turut memaklumkan apa yang dilakukannya adalah untuk mempertahankan hak dirinya dan anak-anak.

“Saya bukan artis atau selebriti, selama ini pun saya sudah ditindas. Cukuplah saya bagi muka, bersangka baik. Saya akan cuba pertahankan apa yang akan datang selepas ini untuk kelansungan di masa depan.

“Anak-anak memang kami tidak ada beritahu apa-apa lagi. Saya tak nak burukkan ayah dia orang kepada anak-anak. Anak-anak saya perlukan seorang ayah dan saya tak akan putuskan hubungan mereka.”

Nak terus jalan ke depan dan hidup dengan tenang

Ditanya adakah dia masih mahu memaafkan dan tidak melupakan apa yang berlaku, dia menjawab yang tahu tentang hal tersebut hanyalah dirinya, Allah dan mereka (pihak yang terlibat).

Jelasnya, apa yang berlaku adalah atas izin Allah dan menyatakan sehebat manapun ujian itu dia akan laluinya selain mahu hidup dengan tenang dan berjaya.

“Sekarang ini Shu betul-betul nak move on (jalan ke depan). Shu cari rezeki untuk saya hidup, untuk anak-anak saya.

“Shu nak minta jasa orang ramai untuk beri sokongan supaya saya boleh beri anak-anak kelansungan hidup di masa hadapan,” katanya.

Percaya Allah akan berikan kebahagiaan dan kejayaan dalam ujian yang ditempuh

Ujar wanita itu lagi, apa yang telah terjadi ini adalah petunjuk dari Allah agar dia membuat keputusan yang kuat dan tidak boleh menoleh ke belakang lagi.

Malah katanya berat macam mana pun ujian itu dia kena terima, kalau ujian orang ketiga itu sangat berat, dan Allah tambahkan lagi ujian berat kepadanya hingga jadi begini ia membuatkan wanita ini lebih yakin dia akan mengecapi kebahagian dan kejayaan dari Allah SWT.

“Saya betul-betul letakkan 100% kepada Allah SWT apa yang akan jadi lepas ni,” ucap Shu.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

1 day ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

1 day ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago