fbpx
Now Reading
Kes Langgar Kontrak: Amelia Henderson Diarah Bayar Lebih RM200,000, A Aida Enggan Ambil Berlakon Lagi

Kes Langgar Kontrak: Amelia Henderson Diarah Bayar Lebih RM200,000, A Aida Enggan Ambil Berlakon Lagi

Menurut A Aida, Amelia kini berada dalam senarai hitam (blacklist) artis yang tidak akan diambil berlakon syarikatnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur hari ini (7 April) memerintahkan aktres, Amelia Henderson untuk membayar lebih RM200,000 kepada syarikat penerbitan A Aida Production Sdn. Bhd.

Arahan tersebut diputuskan hakim, Zulqarnain Hassan kerana Amelia atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson, 28, melanggar kontrak perjanjian untuk melakonkan sebuah drama, Sekali Lagi Cinta Kembali terbitan syarikat milik penerbit terkenal, Datuk A Aida.

Zulqarnain turut mengarahkan Amelia memohon maaf dan memadam video di Instagram yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.

“Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah berpuas hati plaintif (A Aida Production) berjaya membuktikan tuntutan. Justeru, mahkamah membenarkan permohonan pada penyata tuntutan dan bayaran pertama RM3,920 dipulangkan kepada plaintif dibenarkan dan faedah lima peratus daripada bayaran.

“Ganti rugi am fitnah dibenarkan RM90,000 dan injunksi mengenai fitnah dibenarkan. Defendan pertama (Amelia) memadam video dan meminta maaf kepada plaintif dibenarkan.

“Defendan pertama dan defendan kedua (pelakon, Idris Khan yang setuju selesaikan kes saman itu di luar mahkamah) secara bersama dituntut bayar RM202,650. Hanya dibenarkan RM101,325 saja (kos penggambaran drama yang perlu dibayar Amelia).

“Ganti rugi teladan dan teruk tidak dibenarkan. Faedah 5% lima peratus daripada RM202,650 dan dibenarkan 5% daripada RM101,325, selain kos dibenarkan RM18,000,” katanya.

Dalam pada itu, A Aida menengaskan dia tidak akan lagi bekerjasama dengan pelakon Amelia Henderson dalam mana-mana projek penerbitan syarikatnya selepas ini.

Menurut A Aida, Amelia kini berada dalam senarai hitam (blacklist) artis yang tidak akan diambil berlakon syarikatnya.

“Saya akan ‘blacklist’ dia seumur hidup. Takkan sama sekali bekerjasama dengannya lagi.

Macam saya cakap, ini pertama kali jumpa artis spesis sebegini. Lain kali kalau ambil (berlakon), mungkin dia akan buat lagi.

“Jadi, saya dah tutup pintu hati saya untuk memanggilnya berlakon lagi. No more!” kata A Aida dipetik dari Kosmo.

Jelasnya, dia lebih rela bekerjasama dengan pelakon baru yang tidak menyusahkan atau menyulitkan keadaan.

“Saya nak beri peluang kepada artis-artis baharu yang tidak bermasalah. Tak nak dah artis yang esok nak ‘shoot’ (mulakan penggambaran), malamnya tarik diri. Minta maaflah,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.