Didakwa Gugurkan Bayi, Polis Sahkan Shuhada Tak Bersalah

Sebelum ini media melaporkan berhubung pelakon lelaki, Hafidz Roshdi ada dua laporan polis berhubung keguguran yang dialami oleh isterinya, Nurul Shuhada.

Menurut Hafidz laporan pertama dibuat agar siasatan dapat dilakukan terhadap isterinya memandangkan sebelum ini dia mendakwa ada menerima mesej dari Nurul Shuhada yang meminta izin untuk menggugurkan kandungan anak ketiga mereka.

Namun Hafidz Roshdi kemudian dimaklumkan Nurul Shuhada telah mengalami keguguran pada 5 Mei yang lalu.

Sebaik mengetahui maklumat tentang keguguran tersebut, pelakon itu membuat laporan polis yang kedua mahu pihak berkuasa menyiasat kesalahan jenayah melakukan keguguran dengan sengaja, lapor Berita Harian.

Nurul Shuhada tampil sahkan diri tidak bersalah dalam kes keguguran

Tidak berdiam diri mengenai dakwaan tersebut, Nurul Shuhada kemudian tampil mengesahkan bahawa dirinya tidak bersalah selepas siasatan dilakukan oleh pihak polis.

Isteri pelakon itu turut meluahkan rasa syukur kerana siasatan mengenai kes tersebut telah selesai dengan baik.

“Ada beberapa laporan polis dibuat terhadap Shu untuk isu keguguran ni. Biasanya orang buat laporan untuk polis ambil tindakan dan tangkap.

“Bila tak ada kes. Maknanya tuduhan Hafidz kata Shu tak jaga baik-baik, konon sengaja adalah tak betul dan tak tepat. Bukan setakat satu laporan tetapi lebih. Entah apa niatnya,” kata Nurul Shuhada.

Tak beri komen kerana kes masih dalam siasatan, dakwa Hafidz tak tanya khabar

Menurutnya ,dia reda dan tidak kisah dengan apa yang ingin dilakukan oleh pihak suaminya selain turut menyatakan sebelum ini tidak dapat memberi sebarang penjelasan kerana kes masih dalam siasatan.

“Jadi hari ini sah, Shu tak salah. Shu balas komen Hafidz berikan dekat media pasal keguguran. Berat sebelah dan tak ceritakan hal sebenar.

“Hafidz kata ‘jaga kandungan saya akan bertanggungjawab’. Anak-anak sedia ada ni pun dah berapa bulan tak bayar nafkah. Waktu raya pun terpaksa minta, baru bayar. Entahlah, apa yang dia maksudkan bertanggungjawab.

“Lepas dimaklumkan tentang kandungan pun tak tanya khabar,” tulis Shu di dalam Instagram.

Jelas wanita itu, suaminya tahu bahawa dia mengalami tekanan selain mendakwa mereka telah bercerai.

“Tapi kalau dia betul risau pasal kandungan dan tak nak apa-apa jadi. Sekurang-kurangnya tunjuklah ambil berat. Bukan setakat cerita kepada media.”

Akui proses ketika hamil tidak mudah, setiap hari berjuang untuk kuatkan semangat

Shuhada turut mendakwa bahawa Hafidz ada memintanya untuk menarik semula laporan polis dan mengatakan cerita yang diberikan tidak sama dengan fakta sebenar.

“Mudah bagi awak, tak ada dalam tempat saya. Tak dikhianati, tak dipukul dan tak mengandung dengan tekanan yang berlaku.

“Mengandung bukanlah proses. Ada orang okay, ada orang alami alahan teruk. Tambah pula tekanan macam-macam. Shu ni, hari-hari berjuang nak bagi kuat semangat,” ujarnya.

Ada bukti laporan doktor berhubung keguguran

Tambah Shuhada, dia juga mempunyai laporan doktor berhubung keguguran yang dialami disebabkan tekanan.

“Shu ada bukti laporan perubatan keadaan Shu dan macam situasi yang dia letakkan menyebabkan Shu alami tekanan. Biar bukti yang sokong Shu dan bukan skrip yang direka.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 2016 dan memiliki dua cahaya mata iaitu Humairah berusia 6 tahun dan Umar berusia 2 tahun.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

8 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

9 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

9 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

9 hours ago