Filem ‘Eraser’ Lakonan Terakhir Arwah Adibah Noor Kini Ditayangkan Di Prime Video [Trailer]

Pemergian penyanyi dan pelakon, Allahyarhamah Adibah Noor pada 18 Jun 2022 selepas bertarung dengan kanser ovari tahap 4 ternyata mengejutkan dunia seni hiburan.

Dikenali sebagai seorang yang mudah mesra dengan rakan seangkatan dan peminat, Adibah juga diminati kerana lakonannya yang bersahaja.

Malah arwah cukup terkenal dengan kualiti vokal yang begitu hebat menjadikan beliau sebaris dengan ramai penyanyi terkenal.

Buat peminat yang merindui lakonan Allahyarhamah Adibah Noor, anda kini boleh menonton Eraser, filem terakhir yang dilakonkannya.

Filem arahan Mark Lee See Teck itu sudah mula ditayangkan di platfrom Prime Video bermula 1 Jun yang lalu untuk pasaran di Asia Tenggara.

Naskah ‘Malaysia’ angkat perpaduan

Secara ringkasnya, Eraser berkisar mengenai keluarga yang porak peranda namun terus bertahan demi sebuah kehidupan.

Naskah ini mengangkat tema perpaduan, ihsan, kasih sayang, setia, hormat, harmoni serta prinsip ‘tiada yang dapat memisahkan pertalian sesama manusia walau hanya kerana berbeza agama’.

Ia turut hadir dengan pelbagai konflik di mana jika pergeseran terus berlaku di antara kaum, maka tiada perpaduan dapat dibentuk.

Satu-satunya faktor yang membuat cabaran menjadi lebih hebat apabila Eraser digarap sewaktu pandemik Covid-19 melanda dunia.

Pengarah, Mark Lee See Teck berkata, pengguanan pemadam Bendera Malaysia di dalam filem itu menggambarkan keadaan sosial antara kaum.

Sinopsis

ERASER yang mengisahkan tentang Ahmad (Dhiya Ariffin), anak kepada pembuat batu nisan, Azman (Nam Ron) mempunyai impian besar untuk memberi kesenangan kepada keluarga yang berdepan dengan cabaran apabila Xiao Li, gadis yang didera hadir bersama ibunya, Ah Yoke dalam hidup mereka.

Keluarga Ahmad menerima kedua beranak tersebut dengan tangan terbuka, menyediakan tempat berteduh, namun hidup tidak mudah bagi Xiao Li apabila dirinya dibuli di sekolah.

Kehidupan Xiao Li dan Ahmad bagaimanapun berubah selepas mereka menyertai Pertandingan Seni Peringkat Kebangsaan yang mengusung tema Wawasan 2020.

Adibah Noor sebagai Khadijah

Adibah di dalam filem ini akan membawa watak Khadijah iaitu ibu kepada Ahmad dan juga isteri kepada Azman.

Selain Adibah, Nam Ron dan Dhiya, Eraser turut dibintangi Angela Chan, Alyssa Lee dan Danish Adam.

Trailer

Umum pasti mengetahui ketika ini sedang berlakunya

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Perkara Yang Nabi Tak Buat Atau Tinggalkan, Boleh Ke Kita Lakukan? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut UAI, sekiranya perkara itu haram, Nabi Muhammad SAW akan menjelaskannya untuk dijadikan panduan buat…

51 mins ago
  • Trending

“Bestnya!” – Ramai Teruja Lihat Rumah Terbuka Ada Menu ZUS Coffee [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah menu ZUS Coffee yang dihidangkan secara percuma khusus buat tetamu…

59 mins ago
  • Trending

“Rezeki Teragung”- 16 Tahun Menanti, Pasangan Akhirnya Dikurniakan Zuriat [Video]

Menurut Haznie setelah menanti untuk satu tempoh yang lama akhirnya pada ulang tahun perkahwinan ke-16…

1 hour ago
  • Trending

Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…

4 hours ago
  • Trending

Peminat Tegur Hasilkan Keychain Guna Muka Anak, MUA Bellaz Mohon Maaf

Jelas MUA Bellaz, keychain tersebut bukanlah dibuat mengikut muka anaknya 100%, namun ia dihasilkan dalam…

4 hours ago
  • Trending

Pemuda Sesat 6 Jam Dalam Hutan Ketika Nak Pulang Ke Rumah Abang Gara-gara Waze

Menurut Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis selepas…

4 hours ago