Baru-baru ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai kisah seorang wanita yang mendakwa dirinya telah dihamilkan oleh seorang selebriti tempatan.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di TikTok, individu tersebut memaklumkan dia telah cuba menghubungi ibu bapa selebriti berkenaan namun tidak diendahkan.
“Ada seorang artis Malaysia ni dekati saya dan kami berhubung sehingga berjumpa (pada dua minggu kemudian).
“Dia curang terhadap teman wanitanya bersama dengan saya. He slept around. Malah buat anak orang (wanita) mengandung. Ini bukan pertama kali dia buat hal,” tulisnya.
Menurut individu itu lagi, ibu bapa kepada selebriti tersebut mengetahui tingkah laku anak namun memilih untuk tidak mengendahkan dirinya dan minta dia untuk meneruskan kehidupan.
“Saya akan dedahkan semua perbuatan anaknya.
“Saya telah dihamilkan oleh seorang artis Malaysia kemudian dipaksa untuk gugurkan. Dia meninggalkan saya dan tidak bertanggungjawab. Tolong saya.”
Dakwa individu itu lagi selebriti berkenaan turut memaksanya untuk mengugurkan kandungan kerana tidak mahu diketahui dan melibatkan ibu bapanya.
“Apa beza sekarang apabila orang tuanya sudah tahu dan tidak mengambil tindakkan?
“Lebih baik saya simpan bayi tak bersalah tu, sekarang saya dalam dilema dan saya trauma. Tiada tempat bergantung,” katanya.
Disebalik penularan kisah itu nama pelakon Ismail Izzani mula dikaitkan dengan isu berkenaan.
Ibu kepada penyanyi Ismail Izzani, Datin Suliza Salam bagaimanapun menafikan dakwaan liar tersebut.
Malah dia mengakui tidak terkejut apabila nama anaknya dikaitkan dengan hal tersebut kerana fitnah seperti itu bukan lah pertama kali berlaku.
“Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul,” ujarnya dipetik mStar.
Walau bagaimanapun, usaha akhbar itu untuk mendapatkan penjelasan daripada penyanyi terbabit juga gagal apabila panggilan tidak dijawab.
Namun carian mereka dilaman TikTok wanita tersebut menemukan satu komen menafikan penglibatan Ismail Izzani dalam kisah itu.
Terbaharu wanita berkenaan sudah memadam kesemua hantaran tersebut dia juga turut menyatakan dakwaan yang dibuat adalah tidak benar.
“Maaf kepada semua yang mengikuti akaun ini dari mula. Saya akan padam akaun ini dan semua perkara adalah tidak benar,” tulisnya ringkas.
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…
TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.
Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…
Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…
Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…