fbpx
Now Reading
“Bukan Ismail Izzani” – Wanita Dakwa Dihamilkan Selebriti Tempatan Mohon Maaf, Padam Semua Hantaran

“Bukan Ismail Izzani” – Wanita Dakwa Dihamilkan Selebriti Tempatan Mohon Maaf, Padam Semua Hantaran

Kenyataan terbaharu wanita ini dikeluarkan selepas beberapa jam ibu Ismail Izzani menafikan penglibatan anaknya berhubung dakwaan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai kisah seorang wanita yang mendakwa dirinya telah dihamilkan oleh seorang selebriti tempatan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di TikTok, individu tersebut memaklumkan dia telah cuba menghubungi ibu bapa selebriti berkenaan namun tidak diendahkan.

“Ada seorang artis Malaysia ni dekati saya dan kami berhubung sehingga berjumpa (pada dua minggu kemudian).

“Dia curang terhadap teman wanitanya bersama dengan saya. He slept around. Malah buat anak orang (wanita) mengandung. Ini bukan pertama kali dia buat hal,” tulisnya.

Ibu bapa tahu perangai anak, minta individu berkenaan teruskan kehidupan

Menurut individu itu lagi, ibu bapa kepada selebriti tersebut mengetahui tingkah laku anak namun memilih untuk tidak mengendahkan dirinya dan minta dia untuk meneruskan kehidupan.

“Saya akan dedahkan semua perbuatan anaknya.

“Saya telah dihamilkan oleh seorang artis Malaysia kemudian dipaksa untuk gugurkan. Dia meninggalkan saya dan tidak bertanggungjawab. Tolong saya.”

Selebriti minta gugurkan kandungan tidak mahu ibu bapa tahu

Dakwa individu itu lagi selebriti berkenaan turut memaksanya untuk mengugurkan kandungan kerana tidak mahu diketahui dan melibatkan ibu bapanya.

“Apa beza sekarang apabila orang tuanya sudah tahu dan tidak mengambil tindakkan?

“Lebih baik saya simpan bayi tak bersalah tu, sekarang saya dalam dilema dan saya trauma. Tiada tempat bergantung,” katanya.

Disebalik penularan kisah itu nama pelakon Ismail Izzani mula dikaitkan dengan isu berkenaan.

Ibu nafi Ismail Izzani adalah selebriti yang dimaksudkan

Ibu kepada penyanyi Ismail Izzani, Datin Suliza Salam bagaimanapun menafikan dakwaan liar tersebut.

Malah dia mengakui tidak terkejut apabila nama anaknya dikaitkan dengan hal tersebut kerana fitnah seperti itu bukan lah pertama kali berlaku.

“Tidaklah! Mana ada hamilkan anak orang. Yang menulis itu pun mungkin tidak betul,” ujarnya dipetik mStar.

Walau bagaimanapun, usaha akhbar itu untuk mendapatkan penjelasan daripada penyanyi terbabit juga gagal apabila panggilan tidak dijawab.

Namun carian mereka dilaman TikTok wanita tersebut menemukan satu komen menafikan penglibatan Ismail Izzani dalam kisah itu.

Wanita terlibat padam semua hantaran dan buat permohonan maaf

Terbaharu wanita berkenaan sudah memadam kesemua hantaran tersebut dia juga turut menyatakan dakwaan yang dibuat adalah tidak benar.

“Maaf kepada semua yang mengikuti akaun ini dari mula. Saya akan padam akaun ini dan semua perkara adalah tidak benar,” tulisnya ringkas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.