fbpx

“Aku Masih Tahu Hukum Agama!”- Enot Nafi Berkahwin, Siap Bersumpah Atas Nama Ibu [Video]

Menurut Enot, dia memilih untuk berdiam diri bukan bermaksud salah atau kalah sebaliknya bimbang jika terbuka aib orang lain tanpa disedari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, hangat tentang kontroversi membabitkan dua selebriti iaitu Enot dan juga Didie Alias.

Malah mereka turut dilihat saling balas-membalas kenyataan di platform media massa serta media sosial.

Sudah lama tidak berhubung

Sebelum ini, Didie Alias ketika ditemubual oleh Melodi telah memaklumkan dia bersama selebriti wanita yang tidak disebut namanya tidak lagi berhubung selain turut menyatakan ‘rakannya’ itu mempunyai perhubungan yang salah.

Malah dalam temubual itu juga Didie berkata terdapat dakwaan ‘headline’ menyatakan rakannya itu telah berkahwin dengan kekasih yang dipercayai juga seorang wanita.

Video itu bagaimanapun, telah mendapat perhatian ramai apabila ada yang mengatakan individu yang dikatakan itu adalah Enot iaitu seorang pelawak yang sebelum ini sering dilihat bersama Didie Alias.

@melodiberapi

tak pernah tengok pelakon Didie Alias menangis sampai macam ini!!! #meloditv3 #fypシ #didiealis #fypシ゚viral

♬ original sound – Melodi – Melodi

Enot tampil bersumpah atas nama arwah ibu

Tidak mahu berdiam diri atas berita yang tular membabitkannya, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah kemudian tampil menafikan khabar angin yang mendakwa dia sudah berkahwin.

Menurut Enot yang juga seorang pelakon, berdiam diri adalah lebih baik kerana bimbang jika bercakap akan membuka aib orang lain tanpa disedari.

“Berdiam bukan bererti salah dan kalah, berdiam lebih baik dari bercakap takut tercakap keaiban seseorang tu tanpa disangka.

“Terima kasih kerana membuat semua orang memaki hamun aku tanpa mengetahui cerita sebenar. Lilahitaala atas nama mak aku, aku tak pernah keluarkan kenyataan berkahwin dan tok kadi mana pula yang boleh kahwinkan aku tu?

“Aku masih tahu hukum agama!” ujarnya.

Tak perlu hukum seperti dia bukan orang Islam, takkan maafkan individu yang memaki hamunnya

Malah Enot dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai agar tidak menghukumnya seperti dia bukan penganut agama Islam yang tidak tahu hukum-hakam.

Bukan hanya itu dia turut menegaskan tidak akan memaafkan mana-mana individu yang bertindak memaki hamunnya serta memainkan nama arwah ibu.

“Dosa aku dengan Allah aku boleh minta ampun tapi dosa korang dengan aku?” soalnya selain menyatakan mahu berdepan dengan individu yang mengata tentang dirinya.

Dia juga turut menyindir pihak yang mengata tentangnya seolah-olah seperti tahu segala-gala tentang dirinya.

@enot7812

Berdiam bukan beerti salah dan kalah,berdiam lebih baik dr brckp takut trckp keaibpan sesorg tu tanpa di sangka,terima kasih kerana mbuat semua org memaki hamun aku tanpa tau crita sebenar,LILAHITAALA atas nama mak aku,aku x pernah mngeluarkan statement berkahwin? Dan tok kadi mane plak yg bole nikah kan aku tu? Aku masih tau hukum agama! Jgn nak hukum aku mcm aku org kapir plak ye x tau apa2! Yg memaki hamun aku dlm dm dan mempermainkan nama arwah mak aku ingat aku x maafkan ko smpai bila2! Dosa aku dengan Allah aku bole mintak ampun tapi dosa korg dgn aku? Sendiri mau ingat,yg ckp lebih2 mcm ddk serumah dgn aku in sha Allah esok lusa aku alamat korg aku jmpa depan2 aku nak demgar jgk apa yg kau tau sngt ttg kehidupan aku k..tiap2 bulan hntr beras berapa kg ye? #sabar #kdg2takmampusabar#makinkuatkokejalanygbaikmakinhebatujian#Allahujisebabkitakuat#manusiasukahentamseblmselidik#takakanmaafkankorg #padamkomentaknakkorgbuatdosakering

♬ original sound – ENOT78 – ENOT78
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.