fbpx
Now Reading
Amelia Henderson Patah Jari Kaki Kiri, Tersepak Bucu Katil

Amelia Henderson Patah Jari Kaki Kiri, Tersepak Bucu Katil

Amelia yang bakal mengendalikan acara TikTok Awards Malaysia 2023 pada Ahad ini juga mendakwa perlu menggunakan but khas serta mengambil pil tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan yang dialaminya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malang tidak berbau! Pelakon dan pengacara popular Amelia Henderson patah jari kaki kiri akibat terlanggar bucu katil ketika mahu ke bilik air untuk menggosok gigi pada Selasa (22 Ogos) lalu.

Menurut Amelia, kejadian malang itu berlaku selepas dia pulang dari kerja pada jam dua pagi dan mahu membersihkan diri.

Ketika kejadian, dia dikatakan terlanggar bucu katil hingga mendatangkan rasa sakit dan mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah jari kakinya juga kelihatan senget.

Doktor Sahkan Jari Kaki Kiri Patah, Perlu Jalani Pembedahan

Risau dengan keadaan jari kaki yang semakin teruk, Amelia telah mendapatkan rawatan lanjut. Hasil rawatan mendapati jari kaki kirinya patah (multiple fracture) dan dia dinasihatkan untuk menjalani pembedahan.

“Saya ingat terkehel (discolated), rupa-rupanya patah dalam. Bukan satu tapi ada beberapa bahagian juga. Ikutkan saya perlu ditahan wad dan buat pembedahan,” katanya.

Namun, kerana jadual kerjanya yang padat, pelakon filem Pulau itu mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu pembedahan tersebut.

“Patutnya saya perlu menjalani pembedahan tapi disebabkan jadual padat, saya minta tangguh dulu walaupun jari saya kelihatan hodoh. Tak apalah yang penting dapat habiskan kerja,” ujarnya.

Perlu Ambil Pil Tahan Sakit & Pakai But Khas

Amelia yang bakal mengendalikan acara TikTok Awards Malaysia 2023 pada Ahad ini juga mendakwa perlu menggunakan but khas serta mengambil pil tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan yang dialaminya.

“Ia sudah pun berlaku, jadi tak banyak yang boleh saya lakukan. Harap-harapnya pada hari itu (Ahad ini), kesakitan semakin berkurang. Saya juga cuba mengehadkan pergerakan sebab tak nak terlalu beri tekanan pada kaki,” katanya.

Malah, dia juga dikatakan akan meletakkan perincian pada kasut khas agar ia kelihatan menarik pada malam anugerah itu nanti.

“Mungkin saya akan letak perincian pada kasut khas itu supaya kelihatan menarik. Saya juga tak sabar nak jumpa ramai pempengaruh yang selama ini hanya dilihat di TikTok,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.