fbpx
Now Reading
“Rasa Macam Haiwan Jalanan” – Syada Amzah ‘Hint’ Bakal Dihalau Keluar Rumah?

“Rasa Macam Haiwan Jalanan” – Syada Amzah ‘Hint’ Bakal Dihalau Keluar Rumah?

Kakaknya, Shila Amzah bagaimanapun dilihat memuat naik satu kenyataan secara umum meminta ‘apa sahaja berlaku kekal di kalangan keluarga’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini dunia hiburan digemparkan dengan penceraian penyanyi vateran iaitu ND Lala bersama isterinya yang juga merupakan ibu kepada penyanyi, Shila dan Syada Amzah.

Namun belum surut dengan konflik yang melanda keluarga ini, timbul pula satu isu baharu apabila Syada Amzah, 25, memberi bayangan (hint) akan dihalau keluar dari rumah yang dihuninya ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di IG Story miliknya pada baru-baru ini.

Individu muncul depan rumah, rasa diperlakukan seperti haiwan jalanan

Menurut penyanyi itu, terdapat individu muncul di hadapan rumah dan ingin melihat kawasan di dalam rumah.

Perkara itu secara tidak langsung telah membuatkan dia pelik kerana pihaknya tidak meletakkan sebarang papan tanda menyatakan rumah tersebut ingin dijual.

“Hari ini tiba-tiba secara ‘random’ individu datang di depan rumah nak tengok dalam rumah. Padahal tak ada letak sebarang papan tanda nak jual pun.

“Fuh gilalah rasa macam kita ni haiwan jalanan, dengan tiada sebarang notis lansung dikemukakan.

“Dah kena buang kena halau lagi. Genius, betul-betul respect,” ujar anak bongsu kepada ND Lala itu.

Cari rumah sewa untuk ibu dan keluarga

Malah Syada dalam satu lagi hantaran turut bertanya dimanakah tempat untuk mencari rumah sewa kerana dia dan keluarga serta haiwan pelihaaraan memerlukan tempat untuk dihuni nanti.

“Dekat mana nak cari rumah sewa? Saya, Caca, abang, ibu dan anak bulus saya perlukan tempat untuk kami duduki nanti,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, pelantun lagu Hasrat itu tidak menjelaskan secara terperinci siapakah individu yang tampil di hadapan rumah serta apakah isu sebenar yang berlaku.

Dalam pada itu, Shila Amzah dalam satu muat naik di IG Story turut mengeluarkan kenyataan meminta agar apa yang berlaku hanya disimpan dalam keluarga.

“Biarkan ia tersimpan dalam kalangan keluarga, bukan sebagai tajuk berita hanya untuk terkenal semata-mata,” tulisnya.

Namun muat naik itu tidak diketahui dituju atau dirujuk kepada siapa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.