fbpx

Berkorset & Kuku Berkilat, Penampilan Aizat Amdan Ketika Konsert Yunaverse Undang Tanda Tanya

Penampilannya yang kelihatan luar daripada kebiasaan turut membuatkan netizen menyifatkan dia seperti Sam Smith versi Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (22 Oktober), telah berlangsungnya konsert penyanyi, Yuna yang ditunggu-tunggu ramai iaitu ‘Yunaverse’ di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Konsert ini dilihat mendapat sambutan yang cukup meriah malah kerinduan peminat Yuna mula terubat sebaik penyanyi berkenaan mula mendendangkan lagu-lagunya.

Konsert turut diserikan dengan penampilan penyanyi Aizat Amdan atau kini dikenali sebagai AI.Z.

Penampilan AI.Z undang perhatian ramai

Namun dalam kemeriahan konsert tersebut, penampilan AI.Z turut mengundang perhatian ramai apabila peminat mula berkongsi beberapa rakaman ketika persembahannya di media sosial.

Menerusi satu video yang dikongsikan di media sosial, kelihatan Aizat yang sedang menyanyikan lagu ‘The Last Thing’ tampil dengan mengenakan baju lengan pendek berwarna biru, seluar pendek berwarna silver, beberapa aksesori di leher selain turut memakai aksesori menyamai korset pada bahagian pinggang.

Bukan hanya itu, rambutnya juga turut dilihat telah diwarnakan dengan warna putih manakala kukunya yang berkilat.

Malah turut ada segelintir netizen menyifatkan pelantun lagu Kita itu seperti penyanyi Sam Smith Malaysia.

Penampilan penyanyi itu ketika di konsert berkenaan telah membuatkan ramai terkejut ini kerana Aizat sebelum ini tidak pernah berpakaian sebegitu sebelum ini.

Ramai mengatakan Aizat masih seperti dulu, penampilan kerana penggunaan nama pentaz berbeza

Melihat di ruangan komen, ada yang mengatakan penyanyi itu masih seperti dulu namun pakaian itu sedikit berbeza kerana dia menggunakan nama pentas AI.Z.

Tidak kurang juga ramai yang meminta agar penyanyi berkenaan tidak berpakaian seperti penyanyi dari Amerika Syarikat itu.

Untuk makluman, Sam Smith sering kali dilihat tampil berpakaian seperti wanita tidak hanya semasa melakukan persembahan tetapi ia turut dapat dilihat dalam beberapa muzik video lagunya.

Aizat mula dikenali ramai selepas menyertai program nyanyian, Akademi Fantasia pada tahun 2007 dan lagu-lagunya yang santai sering menjadi siulan ramai.

“Kenapa Aizat Amdan dah jadi macam ni? Apa dah jadi?”

“Cukup lah Sam Smith buat macam tu sorang.. itu pun dah tak sanggup nak tengok”

“Apa ni.. Tak nak lah jadi macam Sam Smith”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.