fbpx
Now Reading
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Mahu Berjumpa Untuk Jernihkan Keadaan

Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Mahu Berjumpa Untuk Jernihkan Keadaan

Selain Bella, Ruhainies juga menzahirkan hasrat untuk berjumpa dengan Sarah Yasmine bagi menjernihkan keadaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (25 April), kecoh di media sosial mengenai penularan foto perbualan WhatsApp antara pelakon wanita, Ruhainies dan juga penyanyi, Aliff Aziz.

Perkara itu menjadi kecoh selepas seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine yang dipercayai kekasih Aliff membuat pendedahan di media sosial miliknya.

Menerusi perbualan tersebut mereka dipercayai berbual mengenai isteri Aliff yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah. Apa yang lebih mencuri tumpuan dalam tangkap layar itu beberapa nama selebriti seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan juga Caprice turut ‘dipetik’.

Malah tangkap layar perbualan dua selebriti itu turut menjadi sohor di laman X sehingga ia menjadi trending menyebabkan Ruhainies teruk dikecam orang ramai.

Baca artikel berkaitan: Berang Nama Dipetik Dalam Isu Aliff Aziz & Ruhainies, Chacha Maembong Tampil Beri Penjelasan [Video]

Baca artikel berkaitan: Caprice Dakwa Disabotaj Selepas Dituduh Bersubahat Dengan Aliff Aziz & Ruhainies

Ruhainies tampil mohon maaf pada Bella Astillah

Sedar kontroversi yang sedang berlegar di media sosial, Ruhainies kemudiannya tampil memohon maaf kepada Bella serta berhasrat untuk berjumpa bagi menjernihkan keadaaan.

Perkara itu dimaklumkan oleh aktres berkenaan menerusi hantaran yang dimuat naik di IG Story.

“Saya ingin berkata tentang beberapa perkara hari ini berkaitan isu semasa yang sedang berlaku.

“Saya memilih untuk berdiam diri, bukan nak mengiya mahupun menidakkan. Tetapi niat saya ingin mengelakkan daripada bergaduh di media sosial atau memanjangkan lagi isu.

“Dengan ikhlas saya meminta maaf kepada Bella atas semua perkara yang sudah berlaku. Saya ingin berjumpa dengan awak (Bella) bagi menjernihkan keadaan agar kita boleh menutup buku dan berjalan ke hadapan dengan gembira kembali,” katanya.

Mohon maaf pada yang terkesan, ajak Bella dan Sarah Yasmine berjumpa untuk jernihkan keadaan

Ruhainies juga dalam masa sama turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang turut terkesan dengan isu yang berlaku.

Malah dia turut, mempelawa Sarah Yasmine untuk berjumpa dan menjernihkan keadaan.

“Saya ingin mengajak Sarah Yasmine juga, untuk menyertai kami agar kita boleh menjernihkan keadaan yang sedang berlaku.

“Saya berharap Bella dan Sarah dapat memberikan saya peluang untuk berjumpa dengan mereka.

“Sekali lagi saya memohon maaf atas setiap perkara yang berlaku.”

Sebelum ini, Bella menerusi satu hantaran di IG Story memaklumkan yang Ruhainies kini boleh memiliki Aliff Aziz. Malah dia mendakwa kasih sayang Aliff terhadap Ruhainies menyebabkan aktor berkenaan sanggup meninggalkan dia dan anak-anak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.