fbpx
Now Reading
Umat Islam Pernah Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Tahun 2000 Sebanyak Dua Kali? Biar Betul?

Umat Islam Pernah Sambut Hari Raya Aidilfitri Pada Tahun 2000 Sebanyak Dua Kali? Biar Betul?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh masyarakat Muslim di serata dunia setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Tambah pula perayaan ni datang setahun sekali je, jadi perasaan ‘excited’ berhari raya tu memang takkan pernah hilang lah kan? 

Foto: Sinar Harian

Tapi tahu tak sebenarnya pada tahun 2000 Hari Raya Aidilfitri disambut sebanyak dua kali? Dan yang paling penting, memang betul-betul pernah jadi ke?

Jawapannya adalah betul, korang memang tak salah baca.

Pada tahun itu, Syawal pertama adalah pada 8 Januari manakala Syawal kedua pula adalah pada 27 Disember.

Foto: Top Peak Travel

Terfikir tak kenapa boleh jadi macam ni? Well, hal macam ni memang sebenarnya tak pelik sebab perkiraan bulan Hijrah dan Masihi sememangnya berbeza. Jumlah hari untuk tahun Masihi adalah 365 hari tapi tahun Hijrah cuma 364 hari. Jadi perselisihan 10 ke 11 hari dalam setahun memang akan berlaku.

Inilah sebabnya kenapa tarikh bulan Ramadan selalunya berjalan lebih cepat dan berbeza di kalendar Masihi pada setiap tahun.

Dengan perkiraan ini, akan terjadinya dua kali Ramadan pada setiap 30 tahun dan dua kali Syawal dalam lebih kurang 36 atau 37 tahun.

Foto: Petronas

Jadi bila agak-aganyak hari raya akan disambut dua kali setahun lagi lepas ni? Kalau berdasarkan kiraan kalendar Hijrah 1451-1452, pada tahun 2030 kita akan merasai lagi sekali pengalaman ini dimana awal Ramadan akan disambut pada 5 Januari dan Ramadan kedua adalah pada 26 Disember.

Walaubagaimanapun, ada juga yang berpendapat sambutan Hari Raya Aidilfitri dua kali setahun ini akan terjadi lagi pada 2033 kalau mengikut perhitungan yang paling tepat.

Foto: Murai

Agak-agaknya apa perasaan berhari raya setahun dua kali? Mestilah seronok dan boleh jadi pengalaman yang tak akan boleh dilupakan sampai bila-bila. Tak sabarnya!

Foto Kredit: Wonderful Malaysia, Love Wholesome

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.