fbpx
Now Reading
Sedia Inisiatif Bantuan Makanan, Ini Senarai Tempat Program ‘Food Bank’ Buat Yang Memerlukan

Sedia Inisiatif Bantuan Makanan, Ini Senarai Tempat Program ‘Food Bank’ Buat Yang Memerlukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, terdapat banyak organisasi telah ikut serta dalam program pemberian makanan secara percuma atau food bank. Langkah ini telah dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan atau terjejas dari segi kewangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook lebih dikenali sebagai Nur Firdaus di grup Patriot Malaysia, dia telah menyenaraikan lima tempat untuk mendapatkan bantuan makanan.

#1 Yayasan Food Bank

Foto: Yayasan Food Bank Malaysia

Program ini merupakan inisiatif oleh Yayasan Food Bank Malaysia.

Sekiranya anda merupakan pelajar universiti awam, Food Bank menyediakan makanan buat anda melalui program Food Bank Siswa. Cara pemberiannya ialah dengan menyediakan Pantri (bilik simpanan makanan kering) dalam universiti atau Central Kitchen (mengedarkan makanan yang dimasak kepada pelajar)

Untuk mendapatkan senarai universiti yang menawarkan food bank atau sebarang maklumat lanjut, sila buat rujukan di sini.

#2 Gerobok Kasih Petronas

Foto: FB Petronas Taman Desa Tebrau

Konsepnya adalah lebih kurang sama dengan food bank, cuma ianya menyediakan makanan kering dalam satu tempat simpanan makanan. Anda juga boleh mendapatkan makanan kering ini di cawangan petronas yang terlibat.

Setakat yang telah dikemaskini di media sosial, antara cawangan Petronas yang mempunyai food bank adalah Petronas Desaru, Kempas Lama, Puteri Wangsa dan Taman Austin Perdana.

#3 Pantri Komuniti Ayam Brand

Foto: Ayam Brand
Foto: Ayam Brand

Ianya merupakan sebuah inisiatif oleh Syarikat Ayam Brand Malaysia dengan menyediakan pantri makanan kering buat seluruh rakyat Malaysia.

Ianya boleh didapati di seluruh Malaysia dimana satu negeri menempatkan satu lokasi pantri.

Untuk mengenalpasti lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand, anda boleh rujuk di sini.

#4 Zero Hunger Program

Foto: Malakat Tribune
Foto: Malakat Tribune

Inisiatif ini merupakan tajaan Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malakat Mall.

Saringan akan dibuat kepada pemohon dan bantuan makanan atau lain-lain keperluan akan disalurkan terus kepada yang layak.

Maklumat lanjut mengenai program ini dan juga butiran permohonan boleh dibaca di sini.

#5 Projek Gerobok Rezeki

Foto Hiasan: Malaysia Gazette

Berbeza dengan keempat-empat program dinyatakan di atas, program ini pula dibangunkan oleh komuniti masyarakat setempat.

Antara lokasi yang terlibat adalah seperti berikut:

i. Kelantan – SMK Kota (Kota Bharu)

ii. Selangor – Surau Al-Ansor (Seksyen 2, Shah Alam), SMK Telok Gadong (Klang), PPR Seri Alam, PPR Cheras, SMK Taman Selayang (Gombak), Masjid Ara Damansara

iii. Pulau Pinang – Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

iv. Johor – SMK Tun Habab (Kota Tinggi), Masjid An-Nur Taman Cendana (Pasir Gudang)

v. Perak – SMK Kampong Pasir Puteh (Ipoh) 

vi. Putrajaya – Kedai MAIWP (Presint 5) 

vii. Kuala Lumpur – PPR Kuala Lumpur, SK Datuk Keramat

viii. Negeri Sembilan – Masjid Qariah Ibnu Khaldun Lavender Height (Seremban)

ix. Melaka – Masjid An-Najwan Kampung Cheng

x. Sarawak – Masjid Darul Husni Warrahmah (Taman Hussein/Rahmat, Kuching), Masjid Darul Furqan (Taman Malihah, Kuching)

xi. Pahang – Masjid Al Hidayah Permatang Badak (Kuantan)

xii. Terengganu – UiTM Kampus Dungun

xiii. Kedah – Masjid Sultan Badlishah (Sintok), SK Tandop Besar (Kuala Nerang)

Buat yang memerlukan bantuan makanan dan keperluan asas yang lain, bolehlah anda memanfaatkan inisiatif yang telah diusahakan ini untuk menampung kehidupan seharian.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.